Perjuanganku tiada penghujungnya...

Tuesday, June 3, 2008

Yang kurindui...

Buat keluarga yang kurindui, memang tidak tergambar kerinduan setelah 10 bulan berjauhan. Nasib baik bil tepon murah kat sini, so bulehla kol sebulan sekali dgr suara mak. Masa mula2 mai kol mak tiap2 minggu..pas dah recovered, sebulan sekali..hihi..bukan lupa daratan tapi biasala kena strong sikit..Bila ada je mana2 family melayu datang kat umah ni, mula la menyendeng2..hahaha..amik barakah menghilang kerinduan berborak ngan orang tua-tua..bila ada je family muda2 datang, teringat kat kok n abg jak n afnan, hannah dan umairah..cik Jie sentiasa merindui kalian. oh dearest family of mine, barakallufiikum fi ddunia wal akhirah...

Buat keluarga dan sanak saudara di Besut + Kelantan..kawe ghindula ko demo2. Doa la ko Jie ni... duk ngaji tepat oghe ni sedap2 tapi tok samola denge dduk tepat sedighi...

Buat keluarga besar Kolej Dar al-Hikmah, doa kalian yg tak putus2 untuk saya di sini tiada dapat dibalas kecuali saya serahkan pada Allah untuk balasan yang setimpal. Kesetiaan dan kesungguhan berserta kecintaan kalian pada madrasah tarbiyyah yang digagaskan sangat mengagumkan saya di sini. Kuatkan sabaran dengan mehnah dan tribulasi, ssguhnya usaha membuat baik tidak selamanya kegembiraan, kadangkala ujian menimpa. Namun itulah VALUE ADDED staff kita yg mungkin tidak dipunyai oleh banyak institusi yang lain. Buat jiran2 dalam pagar Kompleks Dar al-Hikmah (Yayasan Takmir Pendidikan , Sekolah SRI ABIM Pusat Kajang, Kak Faridah di Edisi Cemerlang dan staffnya, Mak Mah tukang masak rendang) tidak ketinggalan saudara2 seperjuangan di Pejabat Wadah Pencerdasan Ummaat (WADAH), seronoknya makan jemaah hari Selasa tu..Semoga kekuatan ukhuwwah rabbaniy kita kekal abadi. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah.

Buat semua sahabat sepengajian di UNITEN Bangi, semoga kalian dipermudahkan urusan dalam mengejar cita-cita. Moga cita-cita menjadi sebahagian cinta untuk dikongsi dengan ummat jua.

Buat sahabat2 yang masih ingat lagi ketika membesar di MRSM KT batch 94/95, semoga Allah mempertautkan silaturrahim kita sampai bila2. Bila next reunion?

Buat semua sahabat-sahabat seperjuangan di Angkatan Belia Islam Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, terima kasih di atas ukhuwwwah yang terbina. Teruskan perjuangan mengangkat martabat ummat. Demi kepentingan ummat, kita berjuang. Imam Ghazali berpesan kalao nak hasil cepat tanamlah pokok bunga, kalo hasil yg lambat sikit, tanamlah sayur, hasil yang sederhana tanamlah pokok buah2an, kalo hasil yang lagi lama dan kekal tanamlah ilmu dalam diri manusia.

Buat yang mengenali si Normazita Ismail ni atau nama glamer nye JJie..doakan lah semoga cita-cita saya ini dapat digapai dalam jalan3 yang ditunjuki dan dimudahi oleh Nya..

Aaaamin...

Adik2 254 South Circular Road






My dearies..

Terima kasih banyak2 atas kebaikan mawaddah warahmah yang korang kongsikan bersama Kak Jie. Sesungguhnya kat Dublin ni takde harta yang paling berharga yang Kak Jie punyai selain dari sikap tolak ansur, ceria menceria, tolong menolong dan saling paham memahami yang wujud dalam istana kita ni...

Terima kasih jugak la atas kesudian korang beraksi dengan pantas di setiap chcek point yang telah kami tetapkan sempena kehadiran ziarah keluarga sesama Islam kita dari Mesia dan UK. Begitu pantas dan cekap, semoga Allah membalas dengan setimpal pengorbanan korang.

Buat Zeti Alyani Arifin, terima kasih bersusah payah belikan halia dan serai dan paste tomyam dan pi survey chicken wing dan chicken leg yang dalam kotak kat kedai dan masak nasik ayam2 sorang. Dengar cita ada orang UK puji nasik ayam Zeti buat best. Pas ni boleh la kita hulur2kan resepi tu pada yang cakap best tu supaya kita plak merasa nasik ayam buatan nya. Thanks a lot Zeti. Seorang pendengar yang setia walopon sibuk study untuk exam, tapi keikhlasan menawarkan perkhidmatan untuk menolong kami menguruskan ziarah keluarga ABIM jelas terpancar di muka ala-ala pemalu dan penyegan ni...




Buat Marlina Omar, adik bongsu 254, pemalu tapi sangat komited meneman Kak Jie beli barang2 dan pandai memilih barang2 kat Tesco. Beli Tuna 5 tin, bawang 2 bungkus, jagung 3 tin, mayonese 2 botol, mix vege, lepas tu pi ALDI belikan roti sebuku, choco. Pas tu di Wet Market, belikan tomato 1o biji, carrot , sayur, capscicum yang besar2 dan segar. Lin yang cekap jadi Financial Controller berjaya menjadikan semua barangan ini dengan kos hanya euro 13. Lin tolong tarik beg berat2 sepanjang berjalan kaki kat wet market hingga ke ALDI. Lin jugak jadi pengikut setia Kak Jie tolong angkat nasik yang dipack ke Clonskeagh Mosque naik bas usung nasik2 tu dalam beg.

Buat Feerhan dan Faizi, belum ditanya sudah mengoffer. Tetiba nak tolong gantikan turn kakjie masak tomyam hari tu. besar pulak tu periuk nya. lagi tinggi periuk tu dari kakjie masa tgk feerhan n faizi masak. Feerhan memang awal2 lagi ditugaskan untuk masak tapi masak untuk makan kat clonskeagh je. Tapi dah offer nak tolong semua, Kak Jie apa lagi..Pucuk dicita ulam mendatang la...Terima kasih jadi penceria 254.

Buat Farah, terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan. Semoga Allah balas setiap yang dihulurkan itu 7 kali ganda dapat masuk balik. Lepas ni buleh la sponsor tiket2 penceramah yang nak datang ke Dublin yep..Hihihi..gurauje...

Buat Sya yang selalu tertinggal info terkini, tetiba pagi tu tup tup tup dia jadi pelayan tetamu, bersama-sama duduk bercerita kat sofa dapur. :)..Nampak seronok muka Sya berborak ngan keluarga yang datang..(tgh rindu keluarga tercinta ke ni..)

Buat Mardiana, adik KakJie sorang yang malu3 kucing ni, thanks a lot. Semoga rambler bus yang disponsor ed Allah ganti balik dengan Merc 1.1 pada masa akan datang. Insya Allah, masa dah dapat merc tu nanti, buleh la tolong bawak tetamu jalan2. takyah la lagi Husna dan Hanis n Habil berebut2 nak punch rambler masa naik bas..Hihi.Semoga Allah melapangkan urusan Mardi dalam menuju kejayaan di sisi Nya.

Zihin pulak junior first term ACCA nya. Walaupun kecuakan terpancar di mukanya sebab esok ni exam ni, masih lagi berjiwa besar menanyakan mayonese kat mana, roti kat mana, tuna kat mana sebab nak prepare roti bekalan untuk tetamu jalan2 siang esoknya. Inilah jiwa besar yang kita inginkan! Nanti dah jadi Qualified Chartered Accountant, bukan setakat Chartered je tapi Qualifed Charterd PLUS added value yang Ar Rasul inginkan pada umatnya..


Buat Idza, wah,sibuk2 bersilat agm pun, datang jugak lepas tu ke Clonskeagh. Esok tu jadi Tourist Guide, bawak tetamu jalan3 ke Trinity College, Bray dan sebgainya. Izzah ni memang cekap bab jalan2ni. Tak salah orang la kita lantik dia sebagai pemandu pelancong. Agaknya kalo kasik Bas kat Dublin ni pun dia sanggup bawak kot pasal dia memang cekap pasal jalan2 kat sini. Teringat pulak kisah Hijrah Rasulullah. Orang yang dilantik unt penunjuk jalan dalam hijrah tu adalah tak ingatla namanya. Tapi yang confirm dia memang kaki jalan. So penting sangat2 orang macam ni untuk melancarkan perjalanan.

Buat Ceri pulak..opps Keri...ini orang tengganu ni sama negeri ngn aku..tapi dia tak berslang ganu..so aku apa lagi spekang irish la ngan dia ni..hihi..takdela ..gurauje...tapi memang betul aku ngan dia tak cakap ganu..mmm so takde la tergolek botol budu kat dapur kitorang ni..Tima kasih banyok2 la ke Keri, tengoh2 duduk dalam bas, Keri duk tepon gtau ada dinner plak untuk tetamu. Concern betul..anak muda yang kritikal pemikiran berjaya menghidupkan sesi taaruf walopon jam hampir menunjukkan pukul 2 pagi...Cayuk Keri. Moga satu hari nanti Keri akan memimpin anak muda lain jadi macam Keri...

Buat Ju, terima kasih di atas pengorbanan memberi segala fasilitas penginapan. Sanggup dia berhijrah demi nak jadikan 254 ni bertaraf 7 bintang..Ju ni pandai buat kuih. Ada je orang yang memanfaatkan kesempatan terima booking kuih dari customer pas tu sibuk duk mengarut kat Ju mintak Ju uli tepung. Hahaha..Anyway memang sedap karipap dan kuih keria yang pernah disajikan pada kami dulu2...

Last sekali buat Intan Nor Adlin, memang INTAN la service yang dihulurkan. Si intan ni memang MASTER PLANNER yang cekap dan hebat. Semua berjalan lancar dalam masa yang dibajetkan. Pandai mengambil hati setiap orang, sanggup berkorban apa yang dia ada demi orang lain dan punya daya memujuk yang power! Hidup Intan!

Aku pulak, cam biasala mengulas no satu..tapi bab2 teknikal fail sikit..Itulah Kak Jie korang. Terima la i seadanya yep! Nasib la korang.....Apa2 kebaikan korang yang tak ternukil di sini Kak Jie simpankan untuk Allah tayangkan kat padang Mahsyar nanti. Harapnya yang disebut tidak mengurangkan nilai dan yang tak tersebut menambahkan nilai di sisiNya. MOga kita sentiasa mendapat rahmat sejuk dan tenang dalam kehidupan berkeluarga di perantauan!

Tn Hj IR Razef berkata...



Salam..
Now aku nak berkongsi pengisian yang disampaikan oleh IR Razef, merupakan Yang Di Pertua ABIM Shah Alam Selangor, datang ke sini sempena nak ziarah anaknya si Paan di University College Dublin (UCD). Nak dijadikan cerita, punya cantik perancangan ALlah, kedatangan beliau telah mempertemukan juga keluarga ABIM UK ke sini iaitu Keluarga Abg Hasri Harun Laili dan juga Keluarga Ustaz Daud dan juga adik aku yang single sorang ni Si ABCDEFaiz, Exco IT MISG ABIM UK & Eire..Cantiknya perancangan Allah di bumi Ireland ini telah menghimpunkan kami atas tautan rabbani yang tidak ternilai dengan apa yang ada di muka bumi ini.

Di petang 31 Mei 2008, semuanya berkumpul di Bilik Seminar Clonskeagh Mosque, kami buat makan-makan. Yang hadir masa tu Yang aku segani lagi hormati Adik2 Medic, Arif Fahmi Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI), Ruzaimi Ramza Presiden Kelab UMNO, Adliy, Bal dan Eton bsma anaknya Afif dan Faiqa Aqilah. Kami makan-makan nasik goreng cina bersama chicken wing goreng. Feerhan, adik rumah aku ,,kalo kat Mesia dia ni dikenali di kalangan kawan-kawannya Meng! Dia ni special..tak banyak cakap kalo dgn orang yg dia tak tahu latar belakang tapi boleh buat pecah kapal kalo dia dah kenal orang tersebut. Kiranya dia ni macam Asma' Abu Bakar la..ulang alik ulang alik menyediakan makanan untuk Rasullullah dalam peristiwa Hijrah Kenabian. Dalam kes ni, Feerhan ini banyak terlibat dalam masak memasak untuk tetamu, thanks Dik! (Zeti pun masak jugak, tapi appreciation statement untuk Zeti dalam posting satu lagi yep!)

Sempat juga kami berforum petang tu. Abg Hasri melontarkan tentang 7 persepsi menuntut ilmu. Ust Daud pulak menekankan iman dalam kehidupan. Aku tertarik dengan kata-kata Abg Hasri, ilmu itu tidak boleh dipisahkan dengan iman. dan ilmu itu akan berkesan apabila bersamanya dikawankan dengan hikmah. Barulah apa yang kita sampaikan kepada orang lain itu melekat di jiwa yang menerima kerana ilmu yang disampaikan secara berhikmah perlu mengambil kira keadaan dan kesesuaian mad'u kita. Pesanan Abg Hasri kehidupan ini suatu pencarian. Cari apa? Cari ilmu la...Ust Daud pulak memesan untuk kita mencintai saudara kita macam kita cintai diri sendiri. Itu prasyarat kepada iman yang sempurna..

Abis forum about 9pm, kami dijemput ke rumah penginapan Ir Razef. Mak oi,nak masuk kat pagar tu dah kena tekan password. Masya Allah, hebat otak manusia ini dikurniakan Allah untuk reka tu reka ni..subha na ka faqina 'aza bannar...

Lepas tu perjuangan naik bas bermula. Abih2 makan, salam2 ngan nenek, mak, makcik, cousin Pa an, semua berangkat balik ke South Circular Road, tempat aku tinggal. Naik bas la depa2 ni. husna, hanis dan habil pun sama2 berjuang naik bas.

Malam tu, jam 3.30 pagi kami berkumpul di Dublin Mosque. Subuh masuk pukul 3.00 pagi di sini tapi jemaah dibuat pada pukul 4.00 pagi. So kami buat kuliah subuh sebelum solat subuh. Ir Razef dijemput mengisi jiwa-jiwa yang kosong ini dengan beberapa pesanan:

1) Sekarang ni, semua orang sibuk nak cemerlang kat padang. Ye la sibuk ngan World Cup la katakan..So kita sebagai pendakwah kita kena jugak cemerlang kat padang iaitu Padang Mahsyar..Ados..tersentak jantung, terbulat mata ms dengar beliau cakap tu. Dah la mata dengan berjuang ngan syaitan kabir..hihi..

2) Orang Islam sentiasa diseru dengan Hayya 'alal Falah...Setiap detik saat dalam dunia ini terlaungnya seruan ini. So takde reason kenapa kita menolak ke arah kejayaan. Sebab seruan itu sentiasa menyeru dan mendoakan kita.

3) Maka untuk cemerlang kita kena sihat. Ada 3 layman benchmark untuk jadi kayu pengukur kita sihat:
a) Kita dapat makan dengan baik
b) Kita dapat membuang dengan baik
c) Kita boleh bangun subuh berjemaah (huhuhu..:)...)

4) Untuk menjadi insan yang terbaik kita kena baik dalam empat perspektif ni:
-kena ada SQ/IQ/EQ/PQ (4 perkara ni kena baik). Yang buat aku tertarik bila beliau sebut IQ/EQ/SQ ni kalo nak dikaitkan dalam perspektif Islam sebagaimana Islam/Iman/Ihsan.
Physical tu kena baik. So itu appearance kita sebagai pembawa risalah kena jaga. Dalam hadith Jibrail, diungkapkan Jibrail datang dalam keadaan bersih dan pakaian putih. Dan ditanya kpd Ar Rasul apa itu Islam , iman dan ihsan.

5) Beliau jugak dengan penuh semangat mengatakan bahawa Anda tidak kuat tapi anda ada kekuatan untuk kuat. Dan ilmu itulah yang memberi anda kekuatan untuk kuat. Apabila anda menguasai ilmu, anda menguasai dunia.
Beliau mengungkapkan IQ ini adalah keperluan kita menapis maklumat yang diterima. Maka akal kita berperanan sebagai mesin penapis aqal yang baik.

6) EQ pulak melibatkan perasaan. Kalau kita tiba2 rasa lemah, kita kena lawan. Pasal dalam hati kita ada positif dan negatif. Syaitan akan mengusik2 hati kita untuk berhentikan pekerjaan baik-baik. Chnya: kalo kita solat sunat, syaitan akan bisikkan tak payahla solat. nanti orang nampak kita buleh riak. Itu sebenarnya bisikan syaitan. Kita teruskan je. kita strict dengan diri kita menyatakan ini kerana Allah! menda camni kena lawan pasal syaitan akan goda dalam bentuk yang kita nampak macam baik.

7) Ada Datuk Red Indian dengan Cucu Red Indian sedang duduk2 borak2 di pagi waktu matahari tengah naik. Datuk cakap, cucu2,,,dalam diri kita ada dua serigala. Satu serigala baik satu serigala jahat. 2 ekor serigala ni selalu bertempur. Tanya cucu pulak. mana satu yang menang. Kata Datuk Red Indian tu, serigala yang kamu bagi makan itu yang menang. So kata beliau, bergantung pada diri kita nak kasik makan yang mana. Dan itulah yang menguasai diri seterusnya memberi kesan kepada kehidupan kita.

8) Ada lagi satu cerita. Sempatla bulak IR ni bercerita2 motivasi di dinihari. Lawak jugak la pasal nampak beliau macam serius tetiba lawak2 unsangkarable. Ada sorang cucu educated bagi teka teki kat datuk educated ni. Cucu ni memegang belalang dalam tangannya dan cucu ini tutup tangannya kasik atuk tak nampak belalang yang dipegang dan terus berteka ngan datuknya. Datuk, datuk, cuba teka belalang dalam tangan ni mati ke hidup? Datuk pun jawab: kalau atuk cakap belalang tu mati, mesti kamu longgarkan genggaman tu untuk hidupkan belalang tu..Kalau atuk cakap belalang tu hidup, mesti kamu kuatkan genggaman tu kasik belalang mati kan? Hihihi..so moral of the story ni. Apa2 dalam hidup kita ni bergantung pada diri kita. Terpulang kita nak corakkan macam mana. Kalo positif tindakan kita maka positifla hasilnya..(hihi ni aku punya kesimpulan sendiri ni)..


Alhamdulillah, kol 4 pg solat subuh, pastu Paan anak IR ni bagitau ada kuliah subuh. terbeliak mata adik2 umah aku pasal kitorang dah mula ngantuk dah..So kami teruskan ngan Mathurat je..dan balik la kami ke rumah kami melihat katil masing2...





Everything is possible...

Hari ni, 3 Jun 2008. Hihihi..aku dah abis periksa. Semalam paper Irish Taxation. ALhamdulillah, ada jugakla soalan tahun2 lepas punya repeated. Allah punya kuasa. Aku pun tak sangka. Hari ini, bila dah tak exam, tadi pagi aku terpinga-pinga jugak...Dah biasa terkejar situ sini, tidur pun kadang-kadang tu 3 jam sehari, tetiba hari ini dah takde apa nak buat. Kecamuk jugak la kepala otak pasal rasa macam buang masa. Anyway, I talked to myself, take a one day off and tomorrow start semula apa yang dah tertangguh selama ni. Insya Allah, moga Allah memberikan hari esok lebih baik dari hari ini dan end up me in husnul khatimah.

Masa sebelum exam macam2 cita2, nak baca buku tu, nak baca buku ni, nak buat tu, nak buat ni, tapi tak dapat buat sebab kerja dan nak baca buku untuk exam. Haha,, hari ni,,terpinga-pinga plak..Alhamdulillah, minggu ni aku cuti dari kerja so aku bolehla blogging. :)...

Tadi pergi Deen Intensive Dublin (DID) yang dikendalikan oleh Darul Firdaus dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland. ALhamdulillah, di bumi bertuah ini pengisian rohani masih lagi seperti di Malaysia..Antara hendak dan taknak je. Bila cerita antara hendak dan taknak, aku terkenang sebuah buku yang belum lagi dapat dibeli. Bukan apa kalau nak beli, kena beli ngan orang Malaysia. Buku e-magnet rezeki. Aku dah baca profile tuan punya buku ni. Nama owner buku ni Lincomel. Dia telah membaca pelbagai buku2 hebat dari Barat dan menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Insya Allah, aku akan merangsang mindaku ke arah itu dan aku pasti aku akan dapat buku tesebut Insya Allah.

Lagi satu buku yang aku teringin nak beli buku dibuat oleh Prof. dari Australia. Beliau mengkaji tentang Law of Attraction. Aku teringin sangat nak dapat. Buku ada 5 set. Insya ALlah, angan-angan ini akan menjadi kenyataan dengan keinginan yang tinggi, daya imaginatif yang positif bercampur pula dengan Allah itu sentiasa pemurah dengan hambaNya.

Positif Positif Positif

Assalamu'alaikum wrt wbrkth.

Salam sayang kepada semua bloggers dan pembaca yang singgah di blog saya. Bahagia hati saya di atas kasih sayangNya mengurniakan satu sistem yang dapat menghubungkan semua manusia di dunia ini dengan pantas dan cepat seperti kilat. Kalau diselusuri kisah Isra' Mi'raj, bagaimana Rasullullah s.a.w telah diisra'kan oleh Allah swt, dan Allah memperlihatkan kepada Rasullullah s.a.w gambaran2 keadaan manusia akibat tindakan kita ketika di dunia, makanya kita mengambil iktibar bahawa sistem IT ini telah lama wujud di 'alam ini. Saya gambarkan seperti kita melihat wayang gambar, begitu jugalah nanti Allah akan mempertontonkan amalan-amalan kita. Masya Allah, Ya 'Azizul Jabbaarul Mutakabbir..Sudah lama rupanya IT ini wujud di 'alam ini.
Selain dari itu, ada hikmah rupanya Allah menyebut bahawa umat Islam ini bersaudara. Kalau fikir logik, macam mana kita nak menunaikan tanggungjawab mengikat tali silaturrahim dengan saudara mara kita sedangkan kita berjauhan. Ya lah, satu di Malaysia, satu di Algeria, satu di Dublin, satu di South Africa, rupanya inilah hikmahnya dengan adanya IT, kita dapat berkenal-kenal antara satu sama lain dalam beberapa minit sahaja melalui sistem yang ada ini. Masya Allah, God knows best. Dia tahu apa Dia buat! Makanya, saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang ahlan wasahlan wamarhaban bikum kepada saudara-saudaraku yang sudi ziarah di blog ini. Semoga sedikit sebanyak ia memberi perkongsian idea dan ilmu ke arah kita mewujudkan budaya ilmu. Umat Islam hanya akan bangkit dengan adanya ilmu. Maka sama-samalah kita membaca dengan nama Tuhan, semoga kita menjadi orang yang sentiasa mengingatiNya dalam keadaaan berdiri, duduk, baring, dan berfikir dengan apa yang ada di sekeliling kita. Moga-moga tidak pada nama Allah menciptakan setiap sesuatu malah memberikan kita kesedaran untuk dijauhkan dari api neraka. Subhanaka faqina 'azabannar.