Perjuanganku tiada penghujungnya...

Wednesday, July 2, 2008

Diari hidupku 2 Julai 2008

(Retreat Staf di bumi subur Pak Hamka, Maninjau, Sumatera Barat)



Assalamu'alaikum wrt wbrth.

Salam kesejahteraan diiringi dengan rahmah dan barakah Allah swt.

"Saya lalui hari ini dengan penuh syukur dan redha. Walaupun ada beberapa keinginan yang diimpikan belum lagi tergenggam, tapi Allah mengurniakan beberapa perkara lain yang bersifat segera yang nikmat dan manfaaat serta kepuasannya melebihi apa yang kita inginkan dan rancangkan! Masya ALlah! God knows what best at the best time! Alhamdulillahi 'ala kullihal wa astaghfirullah...Subhanaka inni kuntu minnazzolimiin..."

Teringat pesan Ust Uthman El-Muhammady


Salam buat semua,

Terima kasih di atas kata2 perangsang yang dihantar melalui YM dan juga sms. Minta maaf sms Malaysia tidak dibalas dengan sms tapi hanya melalui YM. Semenjak balik dari UK, blm lagi top up pasal kat Dublin boleh pakai meteor free melalui website je..Hihihi..Whatever it is, you are my inspirations! Dalam diam saya merafakkan syukur kepada Allah, merendahkan diri dan menghinakan diri yang lemah ini di sisiNya di atas kurniaan apa saja yang telah saya perolehi sepanjang menjalani kehidupan di muka bumi. Makin hari makin terasa Allah Maha Memberi, Memberi tanpa meminta semula...

Teringat pesan Ust Uthman ketika Tamrin Qiady di Masjid Shah ALam April 2007 anjuran ABIM Pusat. Ketika kuliah Zohor beliau menyenaraikan langkah2 yang perlu diambil untuk muhasabah diri. Saya hanya mengingati sikit sahaja. Selebihnya catatan tersebut masih tersimpan dalam buku diary 2007 di Malaysia. Nanti balik Malaysia Insya Allah buku tu akan menjadi priority boarding. :)

Ust Uthman menyebut untuk menjadi orang yang bersih jiwa, dekat dengan Pencipta, kita perlu hina diri di depan Tuhan. Rasakan diri kerdil dan lemah. Sekiranya kita tertinggal amalan2 yang selalu kita amalkan, Qadha semula. Contohnya, sekiranya amalan kita selepas subuh membaca surah ar-rahman, lepas asar surah al waqiah dan sebelum tidur al-mulk, jika tertinggal maka kita qadha membacanya pada keesokan hari. Insya Allah, kita akan lebih berdisiplin.

Yakinlah bahawa Allah maha Mendengar doa hambanya. Lambat dan cepat pasti ada hikmahNya. Allahumma aamin..

Terkenang..

"Noor Aziah Redzuan dan keluarganya....Semoga menjadi daie murabbi"...
Terima kasih atas ingatan yang berpanjangan : Sahabat suka duka UNITEN
Helwa ABIM Bangi
Sahabat PKPIM-Jihad non Stop
Anak2 buah CikJie -Afnan (6 tahun) , Hannah (5 tahun) , Umairah (3 tahun)
Anak didikku kumpulan Usrah LAPIS Kolej Dar al-Hikmah
Hasil program Latihan Petugas Islam (LAPIS) 2007
Rindu suasana Malaysia

Auni Amali, Amna Amali, Arif Amali bersama bundanya

DAN YANG PALING TIDAK DAPAT DILUPAKAN

semua saudara Islamku yang sentiasa mengingati mendoakan kebahagiaanku...

Ya Allah, berikanlah aku taufiq dan hidayahMu dan redhaMu untuk aku menimba ilmu. Menimba ilmu ini semata2 kerana pra syarat Islam hanya akan gemilang dengan umatnya berilmu. Mudahkanlah jalan2 pencarian ilmu. Moga manfaatnya pulang kepada kedua ibu bapaku, keluargaku dan ummat!