Perjuanganku tiada penghujungnya...

Monday, October 13, 2008

-KLCC-

Dah 13 Oktober…..

Hampir nak masuk 2 bulan aku di Malaysia, study belum kumulakan lagi. Nak start tu susah betul...Sepanjang 2 bulan ni aku isikan masa bertemu ngan keluarga dan sahabat2...

Ikuti perkembangan...

2 minggu pertama smpy di tanahair aku di Terengganu bersama keluarga. Gambar bersama tak dapat dirakam sebab camera sendiri belum ada lagi...

Awal September aku mula praktis di KS & Associate. Pengalaman tersebut perlu untuk aku penuhi keperluan ACCA. 3 years practice experience needed..

Sepanjang Ramadhan di Bangi, sempatlah memenuhi beberapa undangan berbuakan puasa. Antaranya Iftar Jamai’y ABIM, Iftar staf Wadah, Iftar sesama staf KS dan Iftar sesama kawan2 lama UNITEN di rumah Shima.

Pulang beraya pada 27 Sept, sangat gembira kali ni. Rasa ada kelainan dalam keluarga dan rumahku kali ni. Makin terasa sayu dengan ukhuwwah yang tercipta di antara adik beradik sendiri...

Sekejap je beraya di tempat kelahiran, di kg mak, kg abah seterusnya pulang ke Bangi. Jam teruk sepanjang perjalanan, 13 jam kami di atas jalan raya.

Minggu ke dua Syawal, aku, Kak Fadh, Kak Jijah dan Abg Mat’s family beraya bersama. Mula2 rumah Kak Jijah, pastu rumah Abg Mat, seterusnya rumah Kak Linda. Akhir sekali di rumah Kak Widad.

Sabtu pulak, ke rumah Abg Farid Shahran dan Cikgu Sidek, bersama adik2 Helwa Selangor dan PKPIM.

Ahad ke Masjid Wilayah, menghadiri Wacana Tokoh Sayyid Muhammad Aliwi Maliki.

Aku pulang ke rumah dengan semangat baru penuh kesyukuran atas nikmat setiap rezeki kurniaanNya.

Illa masya Allah la haw la wa la quwwata illaa biLLah....

Terima kasih Aki dan Ika kerana belanja makan di Nandos KLCC.