Tn Hj IR Razef berkata...
Salam..
Now aku nak berkongsi pengisian yang disampaikan oleh IR Razef, merupakan Yang Di Pertua ABIM Shah Alam Selangor, datang ke sini sempena nak ziarah anaknya si Paan di University College Dublin (UCD). Nak dijadikan cerita, punya cantik perancangan ALlah, kedatangan beliau telah mempertemukan juga keluarga ABIM UK ke sini iaitu Keluarga Abg Hasri Harun Laili dan juga Keluarga Ustaz Daud dan juga adik aku yang single sorang ni Si ABCDEFaiz, Exco IT MISG ABIM UK & Eire..Cantiknya perancangan Allah di bumi Ireland ini telah menghimpunkan kami atas tautan rabbani yang tidak ternilai dengan apa yang ada di muka bumi ini.
Di petang 31 Mei 2008, semuanya berkumpul di Bilik Seminar Clonskeagh Mosque, kami buat makan-makan. Yang hadir masa tu Yang aku segani lagi hormati Adik2 Medic, Arif Fahmi Presiden Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI), Ruzaimi Ramza Presiden Kelab UMNO, Adliy, Bal dan Eton bsma anaknya Afif dan Faiqa Aqilah. Kami makan-makan nasik goreng cina bersama chicken wing goreng. Feerhan, adik rumah aku ,,kalo kat Mesia dia ni dikenali di kalangan kawan-kawannya Meng! Dia ni special..tak banyak cakap kalo dgn orang yg dia tak tahu latar belakang tapi boleh buat pecah kapal kalo dia dah kenal orang tersebut. Kiranya dia ni macam Asma' Abu Bakar la..ulang alik ulang alik menyediakan makanan untuk Rasullullah dalam peristiwa Hijrah Kenabian. Dalam kes ni, Feerhan ini banyak terlibat dalam masak memasak untuk tetamu, thanks Dik! (Zeti pun masak jugak, tapi appreciation statement untuk Zeti dalam posting satu lagi yep!)
Sempat juga kami berforum petang tu. Abg Hasri melontarkan tentang 7 persepsi menuntut ilmu. Ust Daud pulak menekankan iman dalam kehidupan. Aku tertarik dengan kata-kata Abg Hasri, ilmu itu tidak boleh dipisahkan dengan iman. dan ilmu itu akan berkesan apabila bersamanya dikawankan dengan hikmah. Barulah apa yang kita sampaikan kepada orang lain itu melekat di jiwa yang menerima kerana ilmu yang disampaikan secara berhikmah perlu mengambil kira keadaan dan kesesuaian mad'u kita. Pesanan Abg Hasri kehidupan ini suatu pencarian. Cari apa? Cari ilmu la...Ust Daud pulak memesan untuk kita mencintai saudara kita macam kita cintai diri sendiri. Itu prasyarat kepada iman yang sempurna..
Abis forum about 9pm, kami dijemput ke rumah penginapan Ir Razef. Mak oi,nak masuk kat pagar tu dah kena tekan password. Masya Allah, hebat otak manusia ini dikurniakan Allah untuk reka tu reka ni..subha na ka faqina 'aza bannar...
Lepas tu perjuangan naik bas bermula. Abih2 makan, salam2 ngan nenek, mak, makcik, cousin Pa an, semua berangkat balik ke South Circular Road, tempat aku tinggal. Naik bas la depa2 ni. husna, hanis dan habil pun sama2 berjuang naik bas.
Malam tu, jam 3.30 pagi kami berkumpul di Dublin Mosque. Subuh masuk pukul 3.00 pagi di sini tapi jemaah dibuat pada pukul 4.00 pagi. So kami buat kuliah subuh sebelum solat subuh. Ir Razef dijemput mengisi jiwa-jiwa yang kosong ini dengan beberapa pesanan:
1) Sekarang ni, semua orang sibuk nak cemerlang kat padang. Ye la sibuk ngan World Cup la katakan..So kita sebagai pendakwah kita kena jugak cemerlang kat padang iaitu Padang Mahsyar..Ados..tersentak jantung, terbulat mata ms dengar beliau cakap tu. Dah la mata dengan berjuang ngan syaitan kabir..hihi..
2) Orang Islam sentiasa diseru dengan Hayya 'alal Falah...Setiap detik saat dalam dunia ini terlaungnya seruan ini. So takde reason kenapa kita menolak ke arah kejayaan. Sebab seruan itu sentiasa menyeru dan mendoakan kita.
3) Maka untuk cemerlang kita kena sihat. Ada 3 layman benchmark untuk jadi kayu pengukur kita sihat:
a) Kita dapat makan dengan baik
b) Kita dapat membuang dengan baik
c) Kita boleh bangun subuh berjemaah (huhuhu..:)...)
4) Untuk menjadi insan yang terbaik kita kena baik dalam empat perspektif ni:
-kena ada SQ/IQ/EQ/PQ (4 perkara ni kena baik). Yang buat aku tertarik bila beliau sebut IQ/EQ/SQ ni kalo nak dikaitkan dalam perspektif Islam sebagaimana Islam/Iman/Ihsan.
Physical tu kena baik. So itu appearance kita sebagai pembawa risalah kena jaga. Dalam hadith Jibrail, diungkapkan Jibrail datang dalam keadaan bersih dan pakaian putih. Dan ditanya kpd Ar Rasul apa itu Islam , iman dan ihsan.
5) Beliau jugak dengan penuh semangat mengatakan bahawa Anda tidak kuat tapi anda ada kekuatan untuk kuat. Dan ilmu itulah yang memberi anda kekuatan untuk kuat. Apabila anda menguasai ilmu, anda menguasai dunia.
Beliau mengungkapkan IQ ini adalah keperluan kita menapis maklumat yang diterima. Maka akal kita berperanan sebagai mesin penapis aqal yang baik.
6) EQ pulak melibatkan perasaan. Kalau kita tiba2 rasa lemah, kita kena lawan. Pasal dalam hati kita ada positif dan negatif. Syaitan akan mengusik2 hati kita untuk berhentikan pekerjaan baik-baik. Chnya: kalo kita solat sunat, syaitan akan bisikkan tak payahla solat. nanti orang nampak kita buleh riak. Itu sebenarnya bisikan syaitan. Kita teruskan je. kita strict dengan diri kita menyatakan ini kerana Allah! menda camni kena lawan pasal syaitan akan goda dalam bentuk yang kita nampak macam baik.
7) Ada Datuk Red Indian dengan Cucu Red Indian sedang duduk2 borak2 di pagi waktu matahari tengah naik. Datuk cakap, cucu2,,,dalam diri kita ada dua serigala. Satu serigala baik satu serigala jahat. 2 ekor serigala ni selalu bertempur. Tanya cucu pulak. mana satu yang menang. Kata Datuk Red Indian tu, serigala yang kamu bagi makan itu yang menang. So kata beliau, bergantung pada diri kita nak kasik makan yang mana. Dan itulah yang menguasai diri seterusnya memberi kesan kepada kehidupan kita.
8) Ada lagi satu cerita. Sempatla bulak IR ni bercerita2 motivasi di dinihari. Lawak jugak la pasal nampak beliau macam serius tetiba lawak2 unsangkarable. Ada sorang cucu educated bagi teka teki kat datuk educated ni. Cucu ni memegang belalang dalam tangannya dan cucu ini tutup tangannya kasik atuk tak nampak belalang yang dipegang dan terus berteka ngan datuknya. Datuk, datuk, cuba teka belalang dalam tangan ni mati ke hidup? Datuk pun jawab: kalau atuk cakap belalang tu mati, mesti kamu longgarkan genggaman tu untuk hidupkan belalang tu..Kalau atuk cakap belalang tu hidup, mesti kamu kuatkan genggaman tu kasik belalang mati kan? Hihihi..so moral of the story ni. Apa2 dalam hidup kita ni bergantung pada diri kita. Terpulang kita nak corakkan macam mana. Kalo positif tindakan kita maka positifla hasilnya..(hihi ni aku punya kesimpulan sendiri ni)..
Alhamdulillah, kol 4 pg solat subuh, pastu Paan anak IR ni bagitau ada kuliah subuh. terbeliak mata adik2 umah aku pasal kitorang dah mula ngantuk dah..So kami teruskan ngan Mathurat je..dan balik la kami ke rumah kami melihat katil masing2...
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home