Perjuanganku tiada penghujungnya...

Saturday, June 28, 2008

Wacana Ilmu: Jelajah Prof Sidek Baba


Budaya Fikir & Zikir

Apabila ALlah mencabar kita untuk berfikir, ia menggabungkan fikir dan zikir. Zikir itu merupakan "source of hikmah".Sebut Cikgu Sidek. Apabila kita menyebut Allahu akbar, kita kena go beyond to the istilah atau ucapan yang kita sebut.


Di sebalik Allahu akbar, kita perlu merenung batu-batu ciptaanNya, gunung ganang, dan ini akan melibatkan fikir. Fikir akan kejadian, untuk apa diciptakan, kenapa dicipta. "Something to ponder" dan kesan dari fikir dan zikir ini berlakukan pencerahan (enlightenment).

Sebab itu apabila direnung ayat pertama diturunkan"Iqra' bismirabbika llazhi kholaq" (bacalah dengan nama TuhanMu), maka ia memberi mesej bahawa kita kena 'believe in THE CREATOR". Setiap yang kita lihat, perlu kita renungi, fikir supaya ia membawa kepada zikir.

Kalau Barat, mereka memerlukan bukti empirical , mereka "rely on rational, facts and data". Tetapi dalam Islam, kita diajar untuk berfikir tetapi diiringi dengan petunjuknya. Ada nilai maknawi di situ. Itu yang menggabungkan di antara fikir dan zikir. Dengan berfikir tentang ciptaan, keinsafan , rasa kehambaan meresap dalam diri kita seterusnya membawa kepada rasa syukur, hati tenang kembali mengingatiNya.

Adoi...mata dah jadi mata garfield dah ni..lagi 10 min nak azan subuh...Argk..Ngantuk ni...Nanti saya sambung lagi....Ya Hayyu Ya Qayuum..Ya Hayyu Ya Qayyum...Ya Hayyu Ya Qayyum....

Disiplin & Kejayaan

"Peserta Program Reakreasi Ilmu 2007 anjuran MISG ABIM UK Eire"

Assalamu'alaikum wrt wbrth.

Didoakan kalian di luar sana yang tidak putus2 mendoakan dan bertanya khabar tentang kehidupan saya di sini, semoga kesejahteraan yang dikurniakan Ilahi bersama barakah dan rahmat sentiasa menjadi pakaian kehidupan kalian. Buat ibubapa dan keluargaku yang mengiringi restu dan doa kepadaku, semoga Allah mengangkat darjat kalian bersama orang2 yang soleh..Buat adik2 254 rumahku yang disayangi, semoga urusan kehidupan perantauan ini banyak memberi kematangan dan makna hidup. Buat bekas adik rumahku yang mula beraksi sebagai HR Person di Qatar kerana mendapat tawaran kerja, semoga ALlah memberi kemudahan dalam setiap urusan. Jangan diminta untuk diuji namun kalau diuji didoakan Zihin dapat menghadapinya.

Hari ini hari yang redup. Beginilah summer ni. Sekejap mataharinya terik, sekejap hujan sejuk macam winter. Semuanya perlu disingkapi dengan penuh hikmah. Bak kata Cikgu Sidek, perhatikan bagaimana rakyat Europe menghadapi persediaan musim. Apa yang tidak dapat ditanam di musim winter perlu dibuat persiapan awal semasa summer. Teringat pulak kisah penjimatan yang disarankan oleh Nabi Yusof dalam zaman pemerintahannya di Mesir. Selusurilah kisah anbiya' semoga iktibar dapat kita ambil bersama.

Saya suka untuk berkongsi di musim summer ini, disiplin hidup perlu dipertingkatkan. Untuk menjadi ibadurrahman, dekat dengan Tuhan, waktu solat diharap dapat dijaga. Sama-samalah kita mentarbiyahkan diri. Yang menulis dan bercakap ini pun tidak perfect, tapi bila kita mula menulis dan mengucapkan, maknanya kita perlu bertindak. Nasihat ini untuk diri hamba yang dhaif ini. Bagaimana untuk menghadapi waktu Isya' yang lambat hampir jam 12 mlm, subuhnya hanya 2.30 pagi dan syuruk nya 4 lebih...sama2 kita meningkatkan disiplin masa, disiplin mental dan disiplin emosi serta rohani. Dulu masa Form 3, Ustazku memesan supaya baca 3 ayat terakhir dalam surah al-Kahfi untuk senang terjaga QIyam..Heheh..summer ni tak tau nak letak kat mana Qiyam...Alhamdulillah dapat subuh on time pun kira khairan kathira dah. Siang pulak kena bangun awal, memang tak cukup tidur tapi boleh sama2 kita nasihatkan diri kita yang kita akan dapat tidur yang kekal suatu hari nanti..Siang memang kena teruskan kehidupan menjadi Furson finnahar..tetapi malam belum lagi berjaya untuk menjadi rahib fi llail..Tapi takpe, sama-sama kita doakan semoga Allah memilih kita untuk kuat amalan rohanniyyahnya..

Jangan lupa dalam masyuk mengejar kejayaan hidup, meneruskan tugasan harian sebagai pelajar, businessman, profesional engineer ke, lecturer ke..kebersihan tempat tinggal perlu dijaga. Saya pernah dipesan oleh Bro Siraj ketika berusrah bersamanya dulu..kalo kita pergi tandas awam, kalau tandas tu kotor, kita tolongla cucur2 air sikit kasik bersih. takpe walaupun kita bukan kerja kat situ..Ada lagi yang memesan pada saya kalau tak silap ketika di PKPIM Pusat dulu, sister ni cakap, " Kak Jie ada 3 perbuatan yang percuma kalau dibuat dapat bersihkan hati. 1. Susun kasut 2. Basuh pinggan 3. Basuh toilet...Semua ni kalau kita buat kita takkan dibayar dan kita terbongkok2 sambil membuatnya, membuatkan kita sentiasa menjadi rendah hati (bukan rendah diri..lain ni yep), dan hati kita akan bersih pasal buat ni percuma tak dibayar..Insya Allah..bila hati bersih senang nak masuk rezeki termasuklah rezeki untuk kita berjaya score dalam pelajaran."

Insya Allah, apa yang kita nak buat, di mana kita berada disiplin kita kena jaga. Disiplin masa, disiplin solat dan sebagainya. Masa di Dar al-Hikmah, sorang kawan memesan pada saya.."Jie, kalau nak tengok orang tu tepati masa, tengok dia tepati tak solat dengan Tuhan...Hanya orang berdisiplin sahaja yang akan berjaya. Peganglah kata-kata ni..Siapa yang tak mampu nak mendisiplinkan diri, takpe..take ur time.. Pasang niat dulu. Doa hari2 kat Tuhan dalam solat mintak Allah jadikan kita orang yang berdisiplin. Hanya orang berdisiplin sahaja yang boleh berjaya!

Saya teringat masa kecik2 dulu, mak sibuk membesarkan anak-anak..sambil mak kesibukan gan kami yang nakal2 ni..mak selalu kata "ingat! masa kita anak dara lah kalo kita nak sembahyang khusyuk..kita nak sembahyang sunat banyak2..nanti bila dah anak pinak lain jadinya"..Bila dah besar ni baru saya paham apa maksud mak saya tu..Takdela kata kalo dah ada anak tu tak khusyuk solat, tapi nak ceritanya bahawa gunakan masa lapang tu sebaik mungkin. Saya masih ingat ketika saya mengikuti usrah Helwa bersama YBHg. Ustazah Fauziah Sani..dulu..ketika itu saya 2 atau 3 orang je yang anak dara..yang lain tu semua mok2 dah..depa cakap kat Ustazah, Ustazah, kita ni dengan ramai anak..nak buat tu ni tu ni..pagi2 dah keluar p kerja..taula KL kan jam..kena keluar awal..kalau time2 terjaga lambat tu..camna nak habis kan mathurat atas sejadah? sedangkan breakfasat tak buat lagi..nak siapkan anak2 lagi.."Pas tu jawablah Ustazah..takpe..kalau kita tak sempat..lepas solat subuh tu..takdan nak baca mathurat..baca lailahaillallahuwahdahuu la syariikalak..lahul mulku walahul hamdul yuhyii wa yumiit wahuwa 'ala kulli syaiin qadiir"..baca 10 X..Insya ALlah..urusan kita di pagi tu smooth. Kalau kata ada batu kecik pun agak2 kita nak tersepak dia..Insya Allah, Allah sisihkan. Nak gi hantar anak sekolah,,agak2 nak teraccident, Insya Allah Allah sisihkan..Segala pintu kemudahan di buka dan pintu kecelakaan ditutup.,. Insya Allah..baca 10X pagi baca 10X petang..

Insya ALlah boleh cuba...Tapi nak kata saya berdisiplin tidaklah sangat. Tapi ia lebih senang apabila kawan2 sentiasa ingat mengingatkan. Sebab tu persekitaran sangat penting untuk membentuk culture. Kalau persekitaran tidak mampu untuk create culture, kalau kita kuat , kita kena korban untuk start dulu. Bak kata pepatah..jadilah culture builder and human reformer..

Okla..hari ni saya punya duty kat rumah ni..susun kasut..mop lantai..lap2 dapur..n sapu karpet..Hahahha..tu yang tulis pasal kebersihan..Bagi semangat kat diri bebenornya..Apa2 pun kalau ada manfaat kita kongsi bersama..kalo takde maknanya saya membobrok sorang2 lani yek...

Okeh..take care of yourselves..I am always missing all of u..Salam rindu untuk semua..


~jieismail comel & cute~