Perjuanganku tiada penghujungnya...

Tuesday, June 3, 2008

Adik2 254 South Circular Road






My dearies..

Terima kasih banyak2 atas kebaikan mawaddah warahmah yang korang kongsikan bersama Kak Jie. Sesungguhnya kat Dublin ni takde harta yang paling berharga yang Kak Jie punyai selain dari sikap tolak ansur, ceria menceria, tolong menolong dan saling paham memahami yang wujud dalam istana kita ni...

Terima kasih jugak la atas kesudian korang beraksi dengan pantas di setiap chcek point yang telah kami tetapkan sempena kehadiran ziarah keluarga sesama Islam kita dari Mesia dan UK. Begitu pantas dan cekap, semoga Allah membalas dengan setimpal pengorbanan korang.

Buat Zeti Alyani Arifin, terima kasih bersusah payah belikan halia dan serai dan paste tomyam dan pi survey chicken wing dan chicken leg yang dalam kotak kat kedai dan masak nasik ayam2 sorang. Dengar cita ada orang UK puji nasik ayam Zeti buat best. Pas ni boleh la kita hulur2kan resepi tu pada yang cakap best tu supaya kita plak merasa nasik ayam buatan nya. Thanks a lot Zeti. Seorang pendengar yang setia walopon sibuk study untuk exam, tapi keikhlasan menawarkan perkhidmatan untuk menolong kami menguruskan ziarah keluarga ABIM jelas terpancar di muka ala-ala pemalu dan penyegan ni...




Buat Marlina Omar, adik bongsu 254, pemalu tapi sangat komited meneman Kak Jie beli barang2 dan pandai memilih barang2 kat Tesco. Beli Tuna 5 tin, bawang 2 bungkus, jagung 3 tin, mayonese 2 botol, mix vege, lepas tu pi ALDI belikan roti sebuku, choco. Pas tu di Wet Market, belikan tomato 1o biji, carrot , sayur, capscicum yang besar2 dan segar. Lin yang cekap jadi Financial Controller berjaya menjadikan semua barangan ini dengan kos hanya euro 13. Lin tolong tarik beg berat2 sepanjang berjalan kaki kat wet market hingga ke ALDI. Lin jugak jadi pengikut setia Kak Jie tolong angkat nasik yang dipack ke Clonskeagh Mosque naik bas usung nasik2 tu dalam beg.

Buat Feerhan dan Faizi, belum ditanya sudah mengoffer. Tetiba nak tolong gantikan turn kakjie masak tomyam hari tu. besar pulak tu periuk nya. lagi tinggi periuk tu dari kakjie masa tgk feerhan n faizi masak. Feerhan memang awal2 lagi ditugaskan untuk masak tapi masak untuk makan kat clonskeagh je. Tapi dah offer nak tolong semua, Kak Jie apa lagi..Pucuk dicita ulam mendatang la...Terima kasih jadi penceria 254.

Buat Farah, terima kasih atas sumbangan yang telah diberikan. Semoga Allah balas setiap yang dihulurkan itu 7 kali ganda dapat masuk balik. Lepas ni buleh la sponsor tiket2 penceramah yang nak datang ke Dublin yep..Hihihi..gurauje...

Buat Sya yang selalu tertinggal info terkini, tetiba pagi tu tup tup tup dia jadi pelayan tetamu, bersama-sama duduk bercerita kat sofa dapur. :)..Nampak seronok muka Sya berborak ngan keluarga yang datang..(tgh rindu keluarga tercinta ke ni..)

Buat Mardiana, adik KakJie sorang yang malu3 kucing ni, thanks a lot. Semoga rambler bus yang disponsor ed Allah ganti balik dengan Merc 1.1 pada masa akan datang. Insya Allah, masa dah dapat merc tu nanti, buleh la tolong bawak tetamu jalan2. takyah la lagi Husna dan Hanis n Habil berebut2 nak punch rambler masa naik bas..Hihi.Semoga Allah melapangkan urusan Mardi dalam menuju kejayaan di sisi Nya.

Zihin pulak junior first term ACCA nya. Walaupun kecuakan terpancar di mukanya sebab esok ni exam ni, masih lagi berjiwa besar menanyakan mayonese kat mana, roti kat mana, tuna kat mana sebab nak prepare roti bekalan untuk tetamu jalan2 siang esoknya. Inilah jiwa besar yang kita inginkan! Nanti dah jadi Qualified Chartered Accountant, bukan setakat Chartered je tapi Qualifed Charterd PLUS added value yang Ar Rasul inginkan pada umatnya..


Buat Idza, wah,sibuk2 bersilat agm pun, datang jugak lepas tu ke Clonskeagh. Esok tu jadi Tourist Guide, bawak tetamu jalan3 ke Trinity College, Bray dan sebgainya. Izzah ni memang cekap bab jalan2ni. Tak salah orang la kita lantik dia sebagai pemandu pelancong. Agaknya kalo kasik Bas kat Dublin ni pun dia sanggup bawak kot pasal dia memang cekap pasal jalan2 kat sini. Teringat pulak kisah Hijrah Rasulullah. Orang yang dilantik unt penunjuk jalan dalam hijrah tu adalah tak ingatla namanya. Tapi yang confirm dia memang kaki jalan. So penting sangat2 orang macam ni untuk melancarkan perjalanan.

Buat Ceri pulak..opps Keri...ini orang tengganu ni sama negeri ngn aku..tapi dia tak berslang ganu..so aku apa lagi spekang irish la ngan dia ni..hihi..takdela ..gurauje...tapi memang betul aku ngan dia tak cakap ganu..mmm so takde la tergolek botol budu kat dapur kitorang ni..Tima kasih banyok2 la ke Keri, tengoh2 duduk dalam bas, Keri duk tepon gtau ada dinner plak untuk tetamu. Concern betul..anak muda yang kritikal pemikiran berjaya menghidupkan sesi taaruf walopon jam hampir menunjukkan pukul 2 pagi...Cayuk Keri. Moga satu hari nanti Keri akan memimpin anak muda lain jadi macam Keri...

Buat Ju, terima kasih di atas pengorbanan memberi segala fasilitas penginapan. Sanggup dia berhijrah demi nak jadikan 254 ni bertaraf 7 bintang..Ju ni pandai buat kuih. Ada je orang yang memanfaatkan kesempatan terima booking kuih dari customer pas tu sibuk duk mengarut kat Ju mintak Ju uli tepung. Hahaha..Anyway memang sedap karipap dan kuih keria yang pernah disajikan pada kami dulu2...

Last sekali buat Intan Nor Adlin, memang INTAN la service yang dihulurkan. Si intan ni memang MASTER PLANNER yang cekap dan hebat. Semua berjalan lancar dalam masa yang dibajetkan. Pandai mengambil hati setiap orang, sanggup berkorban apa yang dia ada demi orang lain dan punya daya memujuk yang power! Hidup Intan!

Aku pulak, cam biasala mengulas no satu..tapi bab2 teknikal fail sikit..Itulah Kak Jie korang. Terima la i seadanya yep! Nasib la korang.....Apa2 kebaikan korang yang tak ternukil di sini Kak Jie simpankan untuk Allah tayangkan kat padang Mahsyar nanti. Harapnya yang disebut tidak mengurangkan nilai dan yang tak tersebut menambahkan nilai di sisiNya. MOga kita sentiasa mendapat rahmat sejuk dan tenang dalam kehidupan berkeluarga di perantauan!

3 Comments:

  • At June 3, 2008 at 7:46 PM , Blogger Nad'Nadia said...

    waahhh
    bestnyer berganding bahu
    rindu ngan smuaaa....
    rindu nk kecoh2....
    warghhhh...nk blk dublin
    if time can change,nad nak balik time kat dublin
    miss u'll smuaaa
    muahhhhxx

     
  • At June 4, 2008 at 2:04 AM , Blogger Unknown said...

    waaa....kakjie dah de blog... tahniah..tahniah.. selmat datang ke dunia blog..
    best le baca cerite psl ziarah abim uk ke ireland..uhu..nk join gak..uhuhuhu...

    ok..takecare sis

     
  • At June 4, 2008 at 9:46 AM , Blogger sweetnur-ae-sya said...

    kak jie,...

    apejee =)

    maaf kekurangan dan kesempitan waktu yg diluangkn,..mudahan yg sedikit itu punya barokahnya tersendiri,.. hidup kak jie! =)

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home