Perjuanganku tiada penghujungnya...

Tuesday, December 30, 2008

Maalhijrah 1430H..



Salam buat semua.

Ringkas kali ni aku singgah di blog sendiri setelah sekian lama menyepi. Berinternet sekali sekala di pejabat curi2 waktu membuatkan mood tidak berapa bangkit untuk menulis. Cuma hari ni 2 Muharram menguatkan aku untuk membuka blog menyatakan azam baru serta berkongsi nasihat bersama bloggers yang lain.

Syukur setiap saat walaupun kadang2 target harian tak tercapai, report kena reject dengan bos, nak buat usrah kat area sendiri pun kawan2 yg ditunggu2 tak turn up, sedikit confius aku dengan semangat sahabat2 sejamaah semenjak aku re-landed kat Malaysia ni..pelik di Dublin dulu aku berhempas pulas menggerakkan program sebab kukira kalau tak bergerak aku akan ketinggalan kerana sahabat2 Malaysia dapat berprogram dengan rancak.

Tapi bila diteliti kekecewaan tersebut, aku menarik nafas. Tanda aku masih bernyawa hidup dengan sihat. Maknanya Allah masih sayangkan aku untuk teruskan apa yang belum kucapai. Insya Allah.

Aku doakan sekalian sahabat2ku mendapat rahmat dan berkat dalam setiap urusan dilakukan. Azam tahun baruku untuk berdisiplin dalam solat diharap dapat dicapai. Aku yakin, bila tepati waktu Allah, insya Allah urusan lain pun akan dapat diuruskan dengan baik. Cita2 ingin menikmati kejayaan diri untuk disedekahkan pada keluarga dan ummat bakal dalam tanganku!

1 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home