Perjuanganku tiada penghujungnya...

Friday, June 27, 2008

Wacana Ilmu: Jelajah Prof Sidek Baba


Fasa 1: We have to know WEST


Pada jam lebih kurang 1 petang, Komuniti Melayu Sheffield telah menghadiri program Wacana Ilmu bersama Prof Dr Sidek Baba. Wacana Ilmu ini diadakan oleh MISG ABIM UK&Eire dalam rangka meraikan kedatangan Cikgu Sidek (panggilan manja) ke bumi Eropah.

Cikgu Sidek mulakan bicara beliau " When we know Islam, we have to know West. We will be in the dark if we don't know West. In Islam, we don't against West".

Cuma apabila berlaku globalisasi, kita semua kena berhati-hati. Apabila berlaku globalisasi, ia juga memberi kesan kepada kekeluargaan. Oleh itu, kita kena tahu do's dan don't.

Orang Islam perlu sedar dengan agenda globalisasi. Pada zaman dulu, pengkaji-pengkaji Barat telah datang ke Andalusia, membaca, mengkaji tamadun Islam dan pulang membangunkan tamadun Barat lantas menjadi SUPERPOWER dan telah meng'colonize'kan (sorry tak tahu kot Melayu) kita semua.

Dalam soal membina keluarga bahagia, bagi yang belum kahwin kena ada phsycological preparation. Al-Quran banyak memberi panduan bagaimana mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang berguna. Al-Quran menyebut anak yang baru lahir ibarat kain putih. Yang mencorakkannya adalah ibubapa. Begitu juga kalau dikaji Fraud, Skinner (tak sure la ejaan nama depa2 ni) & lain2 pakar psikologi Barat, juga berpendapat bahawa ibubapa dan persekitaran memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.

Kain putih ini kalau kita kenakan kepada debu-debu dan apa sahaja, ia akan memberi kesan kepada kain tersebut. Mungkin menjadi kotor, mungkin menjadi lagi tak cantik dan sebagainya. Begitu juga dengan anak-anak. Faktor kekeluargaan dan persekitaran bakal mencorakkan anak-anak.

Dalam Islam kita diajar memberi salam. Salama (the key word). Salam itu bermaksud kita mendoakan kesejahteraan kepada saudara kita. Menyebut Assalamu'alaikum diikuti dengan warahmatullahi wa barakatuh: dengan rahmat dan berkah Allah swt ke atas kamu. Kan itu ada beza dengan Good Morning. Good morning itukan selamat Pagi. Tetapi Islam mengajarkan kita mendoakan kesejahteraan dengan melibatkan pertalian antara memberi kesejahteraan itu berkait rapat dengan rahmat dan barakah daripada Allah swt. Oleh itu, umat Islam perlu menggunakan akal yang diberikan untuk memikirkan bahawa kita ini sentiasa diberikan rahmat dan barakah. Tidakkah kita terfikir selama ini?

Dalam Al-Quran ada 44 tempat ayat yang mencabar kita untuk berfikir menggunakan akal yang diberikan. Afala yatafakkarun..Afala ya'qilun..Afala yatadabbarun..(tidakkah kamu 'investigate'). Apabila melibatkan yatadabbaruun..ia melibatkan fikir dan zikir.

Tengahari 27 Jun 2008


Assalamu'alaikum...

Salam sejahtera saya ucapkan kepada semua rakan2 saya dan pengunjung blog yang tak boring2 mendoakan kejayaan hidup saya di sini dan juga memberi semangat yang padu untuk saya meneruskan hidup yang betul2 membuatkan saya terlalu rindu dengan mak abah, kok, abg jak, abg li, amin dan anak2 buah saya yang comel2...Rindu nya masya Allah!

Tatkala saya sedang menulis ni saya baru je lepas kol rakan di Malaysia yang baru sahaja kehilangan ayahandanya..Saya terkejut pasal dah lama jugak saya tak hubungi kawan saya ni..tup2 dapat berita ayahnya meninggal baru beberapa minggu sahaja...Terkesima gaks saya bila dia kata tak sempat jumpa ayahnya pasal baru dapat sampai keesokan harinya ke rumahnya...tetiba kepala saya ligat berputar mengingatkan kedudukan saya yg dipisahkan dengan ratusan juta km ini..Dalam hati, saya mendoakan agar diberi peluang untuk bersama-sama lagi ngan keluarga tercinta. Allahummagh fir lana zunu bana wa liwa lidiina war ham hum kama rabbau na sighaara...

aa..hari ni saya nak menulis tentang kenal diri. Kata Dr Fadzilah Kamsah, kita kenal diri baru kita senang nak mencapai apa yang kita hajatkan dalam hidup kita. Kalau masa di UNITEN dulu, mula2 kena kader ngan PKPIM, ikut Tamrin Jundiy. First thing yang di'spark' oleh abang/kakak fasi adalah kenal diri. Kenapa Allah ciptakan kita..Ooo rupanya selain kena solat, puasa, pergi haji, rupanya kena berkhidmat untuk masyarakat sebagai prasyarat untuk berbahagia di akhirat nanti..Ooo..so dah nampak jalan hidup..jadilah apa saje pun..petani ke tukang gunting ke..perdana menteri ke...cikgu ke..doktorke..engineer ke..at the end mesti kita memanfaatkan karier , wang dan tenaga untuk membangunkan jiwa ummat menjadi ummat yang sedar diri, merdeka dan berjiwa besar.

Ok..balik semula pada kisah kenal diri..saya dah try buat test personaliti. Elemen yang kuat dalam diri saya adalah "bisness dan glamour".Yang glamour ni saya tak tahu tang mana yang suka suka glamour. Setakat ni saya tak suka glomour. Saya lebih suka kehidupan yang serba sederhana..senang nak urus. Tang ni saya belum kenal diri saya. Tapi kalo maksud glamour tu adalah aktif dalam pergaulan..saya memang peramah dan suka bergaul dengan sesiapa sahaja. Tapi untuk closed bukan sesenang saya beramah mesra dengan sesiapa sahaja seperti pertama kali jumpa. Tapi tang "business" ni saya sangat meminati dari dulu cuma tak pernah jumpa jalannya. Kini bila di Ireland..saya sudah nampak sikit2 untuk memulakannya..Business apa yang saya akan buat sepanjang proses penyiapan pengajian di Ireland ni hihihi..tak boleh la bagitau dulu...kasik jadi baru boleh cakap...Insya Allah...sikit2 ALlah sudah memberi jalan kepada saya...insya ALlah..saya harap business ni akan mendatangkan manfaat untuk ummat terutamanya keluarga saya dan keluarga besar saya di tanah barakah Dar al-Hikmah...


Kepada kalian yang membaca blog saya ini..saya doakan cita2 dan hala hidup kalian juga mendapat petunjuk Allah swt. Insya Allah..selalulah berdoa untuk rapatkan diri dan hati dengan Nya agar setiap detikan hati, langkah dan tindakan mendapat nur daripada ALlah. Sentiasa dapat nur..kita takkan menyesal dengan apa yang dilakukan. Macam kita berjalan di jalan yang gelap, kalo TNB pasang lampu jalan ada cahaya, sudah pasti kita boleh baca 'singboard' untuk kita tuju ke alamat yang betul. Insya ALlah..kita akan sampai ke destinati yang tepat dan menguntungkan. Oleh itu sentiasalah bersihkan jiwa, fikir sentiasa positif, solat taubat, maafkan sesiapa sahaja, kasihi yang di bumi Insya Allah kita akan dikasihi yang di langit. Insya Allah pintu rezeki akan terbuka.

Bercakap soal rezeki, tadi saya baru je pulang dari ziarah seorang kakak yang kini dah hampir 2 setengah tahun menetap sementara di DUblin atas urusan menyambung PhD nya. Kami berkongsi pengalaman. Yang banyaknya saya mendengar pengalaman beliau, pahit maung mereka sekeluarga mengharungi susah payah kehidupan selama ini. Banyak nasihat yang dikongsi, yang paling melekat kat telinga, membekas di jiwa saya apabila beliau menyebut tentang keikhlasan dalam melakukan sesuatu. Muhasabah balik niat kita belajar untuk apa. Untuk duit? Untuk nama atau for the seek of knowledge? Tambah beliau lagi, belajarlah untuk menjadi dermawan ketika kita susah. Masa senang kalau kita menderma, mungkin tidak 'effect' sangat pada kewangan kita, tapi kalau kita belajar memberi ketika susah, itu yang bermakna kepada pembentukan peribadi dan hati kita dan orang yang menerimanya juga.

Tambah beliau lagi, banyakkan bersabar dalam menghadapi setiap perkara. Allah menguji kita bukan sahaja ketika susah tetapi ketika senang. Dulu suaminya susah nak dapat kerja kata sini pasal dapat spouse visa. Imigresen kat sini tak benarkan suami/isteri yang menemani pasangan belajar di sini untuk bekerja. Tapi berkat dengan kesabaran dan pertolongan ALlah swt, suami beliau berjaya mendapat pekerjaan dengan miracle of God, pasal 25 kali pergi interview kena reject sehinggakan orang Irish kat sini kata masa interview tue, dengan God Willing pun dia takkan dapat kerja pasal memang confirm spouse visa "harram fi ddunia wal akhirah" (hihi..takde la org Irish ni cakap arab ni..ni ayat saya je..saje + ajinomot0) untuk bekerja. Siapa tahu, ALlah itu kalo sampai masa Dia nak bagi pada kita, DIa takkan tanya orang Irish ke, Bush ke Blair ke sape2 la punya 'permission', DIa akan bagi. Jadi mesti sabar! Sabar itu tak semua orang boleh buat, tapi sape buleh buat memang manis hasilnya! Begitu juga dengan suami kakak ni..alhamdulillah...miracle of God..suaminya dah jadi somebody kat sini...dekat company Ireland ni...

Banyakla pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi dalam masa sejam kami berbual..Sambil2 tu..kami disajikan dengan nasik putih ayam masak kicap letak daun ketumbar..yum yum yum..best gitu...

LEpas pulang dari rumahnya...saya merasa ALlah sentiasa dekat dengan saya memberi itu dan ini untuk saya lebih kuat dan tabah menghadapi pembelajaran dan kehidupan di sini. Terasa sangat hidup di sini sebenarnya Allah ingin memberi sesuatu yang lebih besar..Mungkin taklif? Mungkin amanah..mungkin pengalaman...semuanya serba mungkin...pasal kelas hanya 2 kali seminggu..selebihnya apa yang saya kena buat? Sudah tentu ada mesej yang Allah nak sampaikan pada saya dengan trend kehidupan yang saya lalui sekarang...Sangat tough..tapi meaningful sampai sometime I am speechless to explain in words...Inilah bak kata Ust Siddiq...perjalanan rohani ini sangat susah untuk kita ungkapkan..kadang2 bila kita ungkap pun maknanya tak sampai..membuatkan orang lain tak paham..hanya kita dan DIa sahaja yang memahami...Illa maa sya Allah...la haw la wa la quwata illa billah...


Untuk akhirnya.saya ungkapkan salam rindu dan sayang untuk semua yang mengigati saya di perantauan...

jieismail comel & cute