Perjuanganku tiada penghujungnya...

Tuesday, June 3, 2008

Everything is possible...

Hari ni, 3 Jun 2008. Hihihi..aku dah abis periksa. Semalam paper Irish Taxation. ALhamdulillah, ada jugakla soalan tahun2 lepas punya repeated. Allah punya kuasa. Aku pun tak sangka. Hari ini, bila dah tak exam, tadi pagi aku terpinga-pinga jugak...Dah biasa terkejar situ sini, tidur pun kadang-kadang tu 3 jam sehari, tetiba hari ini dah takde apa nak buat. Kecamuk jugak la kepala otak pasal rasa macam buang masa. Anyway, I talked to myself, take a one day off and tomorrow start semula apa yang dah tertangguh selama ni. Insya Allah, moga Allah memberikan hari esok lebih baik dari hari ini dan end up me in husnul khatimah.

Masa sebelum exam macam2 cita2, nak baca buku tu, nak baca buku ni, nak buat tu, nak buat ni, tapi tak dapat buat sebab kerja dan nak baca buku untuk exam. Haha,, hari ni,,terpinga-pinga plak..Alhamdulillah, minggu ni aku cuti dari kerja so aku bolehla blogging. :)...

Tadi pergi Deen Intensive Dublin (DID) yang dikendalikan oleh Darul Firdaus dengan kerjasama Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland. ALhamdulillah, di bumi bertuah ini pengisian rohani masih lagi seperti di Malaysia..Antara hendak dan taknak je. Bila cerita antara hendak dan taknak, aku terkenang sebuah buku yang belum lagi dapat dibeli. Bukan apa kalau nak beli, kena beli ngan orang Malaysia. Buku e-magnet rezeki. Aku dah baca profile tuan punya buku ni. Nama owner buku ni Lincomel. Dia telah membaca pelbagai buku2 hebat dari Barat dan menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Insya Allah, aku akan merangsang mindaku ke arah itu dan aku pasti aku akan dapat buku tesebut Insya Allah.

Lagi satu buku yang aku teringin nak beli buku dibuat oleh Prof. dari Australia. Beliau mengkaji tentang Law of Attraction. Aku teringin sangat nak dapat. Buku ada 5 set. Insya ALlah, angan-angan ini akan menjadi kenyataan dengan keinginan yang tinggi, daya imaginatif yang positif bercampur pula dengan Allah itu sentiasa pemurah dengan hambaNya.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home