Perjuanganku tiada penghujungnya...

Wednesday, August 20, 2008

Result exam

Assalamu'alaikum wrt wbrth.

Buat tatapan semua, dengan penuh semangat yang membara, saya ingin mengucapkan tahniah kepada kawan2 yang baru sahaja menerima keputusan peperiksaan dari ACCA. Siapa yang markah melepasi 50 , tahniah dan yang kurang dari 50 jangan putus asa dan jangan kecewa. Teruskan usaha. Tidak ada istilah kegagalan dalam hidup. Ia hanya belum lagi berjaya. Saya sekarang di tanah air tercinta ingin menghantar aura semangat dan sikap ingin meneruskan perjuangan dalam ACCA ini untuk dimanfaatkan kepada ummat tercinta. Insya Allah.

Ingat pesanan sahabatku, raimi berpesan ketika kami sama-sama bertahlil di rumahku 254 Dublin 8, ustaz beliau memesan ada 3 hal tentang mencari ilmu.

1) Niat mencari ilmu kerana Allah
2) Ilmu itu untuk akhirat
3) Ilmu itu akan dimanfaatkan untuk anak bangsa


Buat adik-adikku di Dublin, perjuangan tidak akan berakhir. Terus, teruskan.

Salam sayang dari ~jieismail~

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home