Perjuanganku tiada penghujungnya...

Sunday, March 27, 2016

~Matematik kehidupan~

Hitunglah nikmat walaupun sekecil semut, nescaya hati akan tenang dan merasa kekayaan itu milik kita. Malah itupun formula untuk mendapat keberkatan hidup dan pertambahan nikmat.

Menghitung sekecil-kecil nikmat yang diperolehi boleh membuatkan kita menitis air mata.
Menitisnya airmata itu membuatkan hati kita rasa sangat bersyukur atas kurniaan Ilahi.

Pandanglah apa yang telah Allah kurniakan bukan menghitung apa yang belum dapat dimiliki.
Kerana Al-Quran menyatakan barangsiapa bersyukur yang sedikit maka Allah tambahi lagi dan lagi.

Janji Allah pasti benar! Bersihkan keladak hati dan cerahkan kepala otak. "Set" kan Allah itu sangat baik dan akan memberi apa yang kita fikirkan. Insya Allah ia pasti terjadi!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home