Positif Positif Positif
Assalamu'alaikum wrt wbrkth.
Salam sayang kepada semua bloggers dan pembaca yang singgah di blog saya. Bahagia hati saya di atas kasih sayangNya mengurniakan satu sistem yang dapat menghubungkan semua manusia di dunia ini dengan pantas dan cepat seperti kilat. Kalau diselusuri kisah Isra' Mi'raj, bagaimana Rasullullah s.a.w telah diisra'kan oleh Allah swt, dan Allah memperlihatkan kepada Rasullullah s.a.w gambaran2 keadaan manusia akibat tindakan kita ketika di dunia, makanya kita mengambil iktibar bahawa sistem IT ini telah lama wujud di 'alam ini. Saya gambarkan seperti kita melihat wayang gambar, begitu jugalah nanti Allah akan mempertontonkan amalan-amalan kita. Masya Allah, Ya 'Azizul Jabbaarul Mutakabbir..Sudah lama rupanya IT ini wujud di 'alam ini.
Selain dari itu, ada hikmah rupanya Allah menyebut bahawa umat Islam ini bersaudara. Kalau fikir logik, macam mana kita nak menunaikan tanggungjawab mengikat tali silaturrahim dengan saudara mara kita sedangkan kita berjauhan. Ya lah, satu di Malaysia, satu di Algeria, satu di Dublin, satu di South Africa, rupanya inilah hikmahnya dengan adanya IT, kita dapat berkenal-kenal antara satu sama lain dalam beberapa minit sahaja melalui sistem yang ada ini. Masya Allah, God knows best. Dia tahu apa Dia buat! Makanya, saya di sini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat datang ahlan wasahlan wamarhaban bikum kepada saudara-saudaraku yang sudi ziarah di blog ini. Semoga sedikit sebanyak ia memberi perkongsian idea dan ilmu ke arah kita mewujudkan budaya ilmu. Umat Islam hanya akan bangkit dengan adanya ilmu. Maka sama-samalah kita membaca dengan nama Tuhan, semoga kita menjadi orang yang sentiasa mengingatiNya dalam keadaaan berdiri, duduk, baring, dan berfikir dengan apa yang ada di sekeliling kita. Moga-moga tidak pada nama Allah menciptakan setiap sesuatu malah memberikan kita kesedaran untuk dijauhkan dari api neraka. Subhanaka faqina 'azabannar.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home