Perjuanganku tiada penghujungnya...

Wednesday, June 18, 2008

Cabar diri dan Minda KiTa...



Assalamu'alaikum,

Terima kasih kepada bloggers @ pengunjung yang dtg ke jieismail.blogspot.com. Semoga aura positif yang ku bina ini dapat kusebaratakan ke sekalian alam. Syukur, Allah mentakdirkan Ar-Rasul sebagai rahmat jagat. Kini giliran aku untuk menyambut dan meneruskan kalimat yang meniti di bibir hikmah s.a.w sebelum menghembus nafas terakhir..."ummati..ummati...ummati..."

Hari ini aku suka berkongsi, sebagai peringatan dan nasihat untuk diri aku yang pasti, dan untuk rakan2 sebagai perkongsian atau ulangkaji. Ye diri kita ini selalu lupa, sudah pasti bila banyak kali diulang2 ditulis2 insya ALlah, benda yang baik ditulis sentiasa....ia memberi kesan pada mata yang membaca, akal yang menerima, melekat di jiwa lalu mencernakan suatu kesedaran dan tindakan. Bila sudah keluar satu tindakan, maknanya kita dalam proses menuju ke arah kejayaan! Cayuk!!!!!!!!

Cabar minda! Sekiranya apa yang kita ingin lakukan belum lagi dapat disempurnakan dan belum lagi capai target, cabar minda untuk mendapat jalan2 dan idea2 dan cabar diri untuk melakukannya. Ingat dalam diri manusia ada tiga jenis ego, ego kanak2, ago ibubapa dan ego dewasa. Optimise kan ego dewasa kita dengan rasionalitiy yang ada. Ego ibubapa adalah mengkritik, ego kanak-kanak merengek dan mengalah. Jangan panik! Rasionalkan diri kita, take a time, muhasabah semula apa yang tak kena. Jangan tunggu lama-lama. Terus take action dan proceed dengan tindakan seterusnya. Ingat, tatkala kita panik, banyak benda boleh stuck! Syaitan pun lagi, selamanya istiqamah membisik2 yang bukan2 pada diri kita. Persetankan setan itu!

Teruskan berusaha. Syaitan suka manusia yang buat kerja separuh jalan! Nyahkan dia. Dapatkan tenaga positif. Teruskan dan teruskan!


Selamat mencuba.


Salam sayang dari saya:

jieismailcute & Comel sentiasa...:)