Perjuanganku tiada penghujungnya...

Friday, June 6, 2008

PRS UNITEN




Hihihi..ni plak kawan-kawanku sesama PRS UNITEN. mmm kalo tak silap PRS 1999-2001. Dalam gambar ni, Shima ngan Paim dan 2 anaknya Aqilah dan Atirah, Nurul dan Jenal bsama anaknya Afiq Naqiuddin, Ima, Odah, Ayu dan yang malu2 tu sape lagi kalo bukan owner blog ni..:).

Emm, aku masuk PRS bermula pada 1999. Ketika tu kak AYu (Mahlindayu-yang kini dah jadi lecturer Kat Uniten Muadzam SHah Pahang. Aku Uniten Kajang-Bangi lagi masa tu. Kak Ayu la beriya menggoda aku cakap nak masuk tak satu persatuan ni yang mana ia selalu buat motivasi unt budak2 sekolah, pas tu kita blh jadi Fac. emm aku apa lagi? dah lama aku mengidam menda2 cam ni..

Tup2 bila masuk Aku dilantik jadi Exco APa yek? Aku lupa dah..rasanya ekonomi atau biro latihan pembangunan. Emm.. sempat la aku shima nurul zarina dan ramai lagila yang tak dapat sebut namanya di sini, kalo sebut satu kena sebut semua..Shima Nurul Zarina adalah housemates aku dulu sepanjang belajar di Uniten. Kami sama2 bersosial dalam kelab ini. Alhamdulillah, kami banyak menggerakkan PRS sebagai platform untuk menterjemahkan ilmu untuk ummat dalam pelbagai bentuk. Antara yang aku ingat Kem Generasi Wawasan Cemerlang, buat untuk seluruh anak2 FElda Ngri Sembilan kerjasama ngan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Selalu masa tu kami deal ngan En Azali. Baik orangnya, tenang dan sentiasa mengalu2kan program untuk kami. En Zainal Madon selaku HEP Uniten tak ketinggalan sentiasa komited offer kami organize Kursus Kemahiran Berfikir, Kursus apa lagi yep..macam2 kursus. ALmost tiap2 minggu la buat kursus, hari rabu jam 2 t0 4 ptg. Presiden PRS ni nama Salman. Setiausaha Nurul, kini ibu kepada Afiq , isteri kpd Jenal jugak exco PRs dulu. Ramai jugak kawan2 yang kawin sesama exco PRS.

Melalui PRS la aku mengenali PKPIM. Aku meluaskan jaringan ku dengan kampus2 lain melalui PKPIM. AKu rasa ada kesesuaian tarbiyyah PKPIM ngan jiwa aku. Bak kata Dr Rubiah Kulop semasa Seminar Pak Natsir yang diadakan di UPM oleh KBM_PKPIM UPM masa dolu2 tu, andaikata ada grup yang menarik kita untuk melakukan kebaikan, lepas tu sesuai dengan jiwa kita, masukje. Takyah pk 2 kali. So aku meneruskan perjuanganku sebagai mahasiswa-pendidik umat bermula di PKPIM la. oo bagi yang nak tau pe tu PKPIM, persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Thanks very much to seniors PKPIM yang banyak melatih aku. Teringat plak kat Kak Ifa, Kak Wani, dan macam2 kak lagi yang tak dapat dinukilkan di sini.

Tahun ni dah masuk 5 tahun aku meninggalkan dunia gerakan pelajar. Aku berterima kasih kerana Allah memudahkan urusan PRS ditubuhkan di UNITEN serta membuka jalan kepadaku untuk meluaskan jaringan di peringkat kampus, nasional dan antarabangsa. Sesungguhnya yang tak dapat aku lupakan pemergian Arwah Tuan Haji Khairuddin Mokhtar, merupakan murabbi yang dilantik oleh PKPIM pada zaman kami tu untuk menguruskan kumpulan usrah PRS uniten. Arwah seorang yang tenang, Pengurus Besar kepada ILSAS (Inst Latihan SUltan Ahmad Shah). ILSAS kira ni tempat latihan staf TNB yang nak naik pangkat. detilnya ILSAS aku tak tau sangat. Arwah ni kami panggil tuan haji. Tuan Haji kalo tak silap aku pernah menjadi Biro Pendidikan dalam ABIM. Tuan Haji sangat disayangi oleh Stafnya. Tuan Haji telah kembali ke rahmatullah selepas lebih kurang 2 minggu bawak usrah kami. Masih terngiang2 lagi TUan Haji menguraikan apa maksud kalimah syahadah. Lepas tu, tah macam mana kami terbincang pasal memakai perfume. Pas tu Tuan Haji cakapla beliau "pakai perfume murah2 je yg tadak alkohol, teringin nak pakai yang bercap2 tu tapi was2 ngan alkoholnya (lebih kurang macam tu maksud perkataan beliau ), tapi tunggula kat syurga nanti untuk dapat wangi-wangian yang sebenar. "..Pastu Tuan Haji pesan bacalah selalu doa Allahumma Ya muqallibal quluub, thabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala to atiq'...

Selang jarak seminggu or 2 minggu selepas berusrah, tetiba dapat berita tuan haji masuk icu di hosp. pantai. Tuan Haji jatuh dari kerusi dan terus koma ketika meeting di pejabat TNB (kalo taksilap, Im recalling for 5-6 yrs ago). Hari tu Tuan Haji Puasa sunat. Hari tu Khamis masa pengsan tu. Masa kami sampai di ICU tu, nampak macam2 wayar dah dekat badan beliau. Kami baca Yassin ramai2 sama2 budak2 PRS tapi Tn Hj tak jugak bergerak2. Yang bergerak adalah wayar2 nye aja. Dato Jamaluddin Jarjis pun hadir jugak dan sangat concern ngan keadaanTuan Haji. Nurul Izzah dan mak dia pun datang jugak ziarah. Dulu masa Izzah nak masuk Uniten, Tn Hj antara orang yang menurunkan signature as a guarantor. Dan Makcik Hasnah (isteri Tn Hj) pernah bagitau jodoh mereka pun Anwar Ibrahim yang kind of arrange depa dua tu masa belajaq di Uni Malaya dulu. ye la, depa2 ni semua mahasiswa membesar di jalanan yang berdarah perjuangan...

Hari sabtu kalo tak silap, Dr bukak semua wayar2 dan Tuan Haji meninggalkan kami buat selamanya. Pemergian beliau sangat syahdu kerana perjuangan beliau di hati ummat begitu subur. Kak Nik, PA Tn Hj kat ILSAS begitu sedih dengan pemergian itu. Masa kat tanah perkuburan Sungai Tangkas (rasanya la..lama dah sangat kisah ni tu yang macam byk lost the facts)...ramai sangat yang hadir. Macam majlis apa je. Kami iringi dengan air mata dan juga doa.

Tapi sampai skang aku rasa arwah masih ada. Bila aku singkapi ayat Quran tentang perjuangan yg lebih kurang bunyinya "jgn kau katakan mereka yang telah terbunuh dalam jalan Allah itu mati, kerana sesungguhnya mereka itu hidup, tapi engkau tiada mengerti." Ayat ni buat aku insaf seposenla.,akan peri pentingnya kita berterusan buat kebaikan dan kebaikan itu terpahat dan bisa memberi kesan di hati orang lain. Barulah orang akan terasa seperti kita masih ada. Keadaan ini jugak kot jadi turning point untuk rangsang minda dan berdoa supaya Allah istiqamahkan aku memilih jalan dakwah ini. Sekali sekala tu aku takut gak mati (sorry org tengganu cakap meninggal tu mati -unt manusia) , mati secara tetiba. Kalo aku tak berada dalam jalan menyeru kebaikan meninggalkan kemungkaran, aku takut nanti tak terjawab di depan Allah. At least ada gak la something untuk aku bagi jawapan walopon aku agak takla memenuhi skima ketuhanan. Tapi memang betul la beb..bila kita selusuri perjalanan pejuang yang dah meninggal, macam Pak Hamka, ideanya masih subur dan masih dipakai dan dikongsi di kalangan ummat pada hari ini. Inilah yang diungkapakan bahwa sesungguhnya mereka itu hidup, tapi engkau tiaga mengerti.

Al-Fatihah Untuk Arwah Tuan Haji Khairuddin ...Bismillahirrahmanirrahim...Masa aku dah nak habis mengaji kat Uniten aku dapat tau yang ganti tempat tuan haji di ILSAS adalah Khairudin gak namanya..Hihi..It goes with ungakapan melayu..patah tumbuh hilang berganti...Tapi di mana kan kucari ganti yang dah pergi! Upps...LIFE MUST GO ON!

ConVo 2008 WiThOut Me...



Ha..ni la antara rakan-rakan seperjuanganku menongkah arus politisasi dan komersialisasi di medan Dar al-Hikmah, Kajang Selangor. Semoga kalian tabah menyonsong arus kependidikan yang digagaskan ini..Sesungguhnya ALlah telah menjanjikan dalam susah ada senang dgn syarat lakukannya dengan bersungguh-sungguh..Bersama ni aku masukkan sekali warkah retreat ni yang aku kirimkan. Aku nukilkan ketika baru mula2 sampai di Dublin sempena retreat staf ke-5. Inilah kali pertama suaraku tidak bergema di dewan retreat mereka..isk3...

Warkah ini ditujukan kepada seluruh warga Dar al-Hikmah yang cekal menongkah ombak dan badai menyonsong arus politisasi dan komersialisasi dunia kependidikan.

Dimulakan dengan do’a, memohon kesejahteraan buat seluruh warga Dar al-Hikmah. Puji-pujian kepada Tuhan yang memperkenalkan diriNya kepada manusia dengan sifat kasih sayangNya setiap hari dengan pendidikan Al-Fatihah, diulang-ulang dalam sehari minimumnya 34 kali dalam 17 rakaat ( 2,4,4,3,4) sebagai meyakinkan kepada kita semua akan sifat kasih sayangNya.

“Sesungguhnya ilah kamu Ilah Yang Satu, tiada ilah lain selain Dia, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.” (al-Baqarah:163)

Solawat dan salam kepada Ar-Rasul s.a.w yang tanpa henti selama 23 tahun menyambung perjuangan Bapa Kemerdekaan dan Kemanusiaan kita iaitu Nabi Ibrahim a.s dalam menyerapkan kalimah tauhid La ila ha ill Allah dalam diri setiap kita. Moga warga Dar al-Hikmah menyingkapi hikmah kalimah tersebut sebagai kekayaan terbesar dalam hidup.

Terima kasih atas kesudian memperdengarkan warkah dari perantauan dalam Retreat kali ke 5 ini. Bersempena retreat kita ini, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran yang tidak putus-putus kepada Allah swt kerana telah menghimpunkan hati-hati kita bersatu dalam usaha mengembangkan institusi pendidikan Islam yang kita semua cintai ini.

Ya, memang tidak mudah menguruskan institusi pendidikan secara bersendirian tanpa bantuan dari kerajaan. Namun apalah ertinya sebuah kerajaan yang punya kuasa politik dan ekonomi berbanding kita yang punya suatu sistem tarbiyyah yang mantap dan terbukti mendapat pengiktirafan dari langit dan dibawa pula oleh seorang Rasul yang memang mendapat jaminan syurga dari Rabbul Jalil. Sememangnya perkara ini jangan dipandang remeh kerana di saat syarikat Gergasi Besar Dunia tercari-cari apakah kod dan etika tataurus korporat yang perlu dipraktikkan untuk mengelakkan tumbangnya syarikat tersebut, KDH sudah punya suatu prinsip yang tidak boleh dinafikan akan keberkesanan, kerelevanannya sehingga ke akhirat. Begitulah uniknya sebuah institusi pendidikan Islam yang mengikut piawaian Tuhan. Rupanya KDH lebih jauh baik dari gergasi-gergasi bertaraf dunia!

Mungkin pandangan saya merupakan suara orang muda yang cetek pengalaman, belum bertemu dengan ujian membeli susu dan pampers, membayar rumah dan kereta, namun bukakanlah ruang kepada hati dan minda masing-masing untuk memikirkan sejenak kebenaran warkah perantauan ini.

Memang untuk hidup memerlukan suatu kuasa ekonomi yang mantap dan kukuh. Namun kalau kita ditakdirkan Allah berada di suatu tempat yang punya status ekonomi yang sederhana, maka terimalah seadanya namun berkreativitilah semaksimumnya. Tuhan sangat menerima usaha kalian dan percayalah! Usaha kalian pasti dinilai. Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Usaha kalian mungkin akan dipantulkan dalam bentuk keselamatan kepada keluarga dan orang tua kalian mahupun anak-anak yang soleh dan berjaya suatu hari nanti. Sesungguhnya itulah harta yang paling berharga untuk dunia mahupun akhirat.

Bersangka baiklah dengan Tuhan. Mana tau dengan kesungguhan kalian bekerja memajukan kolej ditambah pula hati yang bersih dan ikhlas maka Allah bukakan pintu-pintu hati orang yang berdana dan berharta datang mendermakan sebahagiannya.

Percayalah kepada janji Tuhan! Jangan takut jika kuasa ekonomi institusi kita tidak setaraf dengan UniKl atau Uniten kerana Allahyarham Dr Burhanudin Helmy, pejuang kemerdekaan Tanah Melayu yang mendahului Tunku Abdul Rahman lahir dan membesar dalam keluarga miskin kerana ayahnya seorang petani sahaja. Pak Hamka pada umur 17 tahun tidak punya wang tetapi sampai juga ke Mekah dengan pertolongan Tuhan. Imam Malik juga adalah seorang guru miskin. Pernah suatu hari, kayu bumbung rumahnya roboh. Beliau kemudian menjual kayu itu untuk mendapat sedikit wang untuk perbelanjaan hidupnya. Namun, Allah murahkan rezekinya hingga menjadi kaya. Dengan kedudukan itu, beliau memakai pakaian mahal dan bau-bauan yang baik. Imam Malik adalah seorang yang cergas dalam menuntut ilmu. Imam Syafie pula, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya. Saya yakin anak-anak kita tidaklah sesusah seperti mereka semua.

Biarlah kita tidak kaya dengan jutaan wang ringgit tapi berbanggalah jika kita kaya dengan idea dan cita-cita mendidik para dhu’afa’ menjadi generasi al-qawiy wal amiin. Usah menjadi seperti Barat yang meletakkan sepenuh nasib hidup pada wang ringgit! Namun tiada salahnya menjadikan wang ringgit sebagai motivasi untuk hidup. Lihatlah pada tahun 1990an, apa yang telah terjadi kepada Syarikat Gergasi Enron, Greenbury, Smith, Hampel, Turnbull dan Cardbury yang tumbang bukan kerana tidak punya dana malah berbilion-bilion kapital yang dipunya. Namun masih juga tumbang musnah! Pelbagai langkah telah diambil untuk memulihkan syarikat-syarikat korporat tersebut. Pelbagai cadangan, langkah diambil.pada tahun 1992 bermulalah kepada pengenalan corporate governance, etika, kod-kod kepada syarikat untuk dipatuhi oleh staf, pengurusan dan juruaudit dan pemegang saham, namun masih lagi tidak dapat membaiki keadaan. Tahun 2002, timbul pula cadangan mengubah bilangan pengarah syarikat, penubuhan komiti-komiti untuk memantau pengurusan syarikat, namun masih lagi tidak dapat mengatasi kemelut dan kebobrokan. Lalu di mana ubatnya?

Tidak lain dan tidak bukan ubatnya kembalilah kepada nikmat terbesar yang Tuhan anugerahkan. Marilah kita mantapkan sistem tarbiyyah yang telah ABIM gagaskan 36 tahun yang lalu. Praktikkan! Sistem tarbiyyah yang telah digagaskan itu tidak bukan tidak lain adalah warisan amalan Ar-Rasul s.a.w dengan sahabat-sahabat. Solat jamaah, bacaan Al-Mathurat, makan bersama, ukhuwwah kekeluargaan, semua itu telah sebati dengan jiwa warga KDH. Maka tambahkan perhatian dan penekanan kepada aspek tersebut. Barat tidak ada ini semua. Sebab itulah sehingga sekarang mereka masih mencari-cari petua untuk mengurangkan penipuan-penipuan dan penyelewengan penyata kewangan. Namun jika berlaku jua dalam persekitaran kita sudah pasti bukan salah tarbiyyah kerana tarbiyyah adalah gagasan junjungan mulia.

Untuk terakhirnya, wahai rakan seperjuangan, kita hidup, kita bekerja atas satu tiket dan platform iaitu atas tiket kita adalah orang Islam. Selain rasa selamat dan selesa yang dimiliki di bumi Malaysia yang aman, sebagai tanda syukur, marilah kita perkukuhkan rasa selamat itu dengan melipat gandakan usaha kita mempertahankan agama Islam, agama yang satu-satunya diterima oleh Tuhan Ilah yang satu. Usah dibezakan dengan perbezaan kita dibesarkan dengan berlainan latar belakang pendidikan. Selagi kita berdiri atas satu tiket yang sama iaitu Islam, sama-samalah kita bertungkus lumus menyelaraskan sistem hidup dengan menyerlahkan Islam merupakan suatu cara hidup kepada sesama kita dan para pelajar kita. Berilah galakan kepada diri kita dan pelajar untuk terus berkarya dengan program-program perjuangan yang disediakan kerana itulah tempat praktikal terbaik untuk kita menguji daya tahan dan kekentalan. Elemen kekentalan dan daya tahan sangat diberi perhatian oleh Tuhan. Kalau tidak masakan Allah berfirman dalam Surah Quraisy bahawa Nabi terakhir kita adalah berbangsa Quraisy yang merupakan bangsa militan, kuat menghadapi tentangan alam, mampu menentang terik panasnya musim panas dan sejuknya musim dingin yang mengembuskan angin sejuk menyayat telinga. (Pak Imad: 2002).

Rabbana hablana hukman, wa alhiqna bis solihiin.

Sekian, terima kasih atas perhatian. Wallahu a’lam.

Daripada:

Normazita Ismail

Akademi Kajian Ketamadunan

Kolej Dar al-Hikmah/ Dublin Ireland.