Perjuanganku tiada penghujungnya...

Friday, June 6, 2008

PRS UNITEN




Hihihi..ni plak kawan-kawanku sesama PRS UNITEN. mmm kalo tak silap PRS 1999-2001. Dalam gambar ni, Shima ngan Paim dan 2 anaknya Aqilah dan Atirah, Nurul dan Jenal bsama anaknya Afiq Naqiuddin, Ima, Odah, Ayu dan yang malu2 tu sape lagi kalo bukan owner blog ni..:).

Emm, aku masuk PRS bermula pada 1999. Ketika tu kak AYu (Mahlindayu-yang kini dah jadi lecturer Kat Uniten Muadzam SHah Pahang. Aku Uniten Kajang-Bangi lagi masa tu. Kak Ayu la beriya menggoda aku cakap nak masuk tak satu persatuan ni yang mana ia selalu buat motivasi unt budak2 sekolah, pas tu kita blh jadi Fac. emm aku apa lagi? dah lama aku mengidam menda2 cam ni..

Tup2 bila masuk Aku dilantik jadi Exco APa yek? Aku lupa dah..rasanya ekonomi atau biro latihan pembangunan. Emm.. sempat la aku shima nurul zarina dan ramai lagila yang tak dapat sebut namanya di sini, kalo sebut satu kena sebut semua..Shima Nurul Zarina adalah housemates aku dulu sepanjang belajar di Uniten. Kami sama2 bersosial dalam kelab ini. Alhamdulillah, kami banyak menggerakkan PRS sebagai platform untuk menterjemahkan ilmu untuk ummat dalam pelbagai bentuk. Antara yang aku ingat Kem Generasi Wawasan Cemerlang, buat untuk seluruh anak2 FElda Ngri Sembilan kerjasama ngan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Selalu masa tu kami deal ngan En Azali. Baik orangnya, tenang dan sentiasa mengalu2kan program untuk kami. En Zainal Madon selaku HEP Uniten tak ketinggalan sentiasa komited offer kami organize Kursus Kemahiran Berfikir, Kursus apa lagi yep..macam2 kursus. ALmost tiap2 minggu la buat kursus, hari rabu jam 2 t0 4 ptg. Presiden PRS ni nama Salman. Setiausaha Nurul, kini ibu kepada Afiq , isteri kpd Jenal jugak exco PRs dulu. Ramai jugak kawan2 yang kawin sesama exco PRS.

Melalui PRS la aku mengenali PKPIM. Aku meluaskan jaringan ku dengan kampus2 lain melalui PKPIM. AKu rasa ada kesesuaian tarbiyyah PKPIM ngan jiwa aku. Bak kata Dr Rubiah Kulop semasa Seminar Pak Natsir yang diadakan di UPM oleh KBM_PKPIM UPM masa dolu2 tu, andaikata ada grup yang menarik kita untuk melakukan kebaikan, lepas tu sesuai dengan jiwa kita, masukje. Takyah pk 2 kali. So aku meneruskan perjuanganku sebagai mahasiswa-pendidik umat bermula di PKPIM la. oo bagi yang nak tau pe tu PKPIM, persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia. Thanks very much to seniors PKPIM yang banyak melatih aku. Teringat plak kat Kak Ifa, Kak Wani, dan macam2 kak lagi yang tak dapat dinukilkan di sini.

Tahun ni dah masuk 5 tahun aku meninggalkan dunia gerakan pelajar. Aku berterima kasih kerana Allah memudahkan urusan PRS ditubuhkan di UNITEN serta membuka jalan kepadaku untuk meluaskan jaringan di peringkat kampus, nasional dan antarabangsa. Sesungguhnya yang tak dapat aku lupakan pemergian Arwah Tuan Haji Khairuddin Mokhtar, merupakan murabbi yang dilantik oleh PKPIM pada zaman kami tu untuk menguruskan kumpulan usrah PRS uniten. Arwah seorang yang tenang, Pengurus Besar kepada ILSAS (Inst Latihan SUltan Ahmad Shah). ILSAS kira ni tempat latihan staf TNB yang nak naik pangkat. detilnya ILSAS aku tak tau sangat. Arwah ni kami panggil tuan haji. Tuan Haji kalo tak silap aku pernah menjadi Biro Pendidikan dalam ABIM. Tuan Haji sangat disayangi oleh Stafnya. Tuan Haji telah kembali ke rahmatullah selepas lebih kurang 2 minggu bawak usrah kami. Masih terngiang2 lagi TUan Haji menguraikan apa maksud kalimah syahadah. Lepas tu, tah macam mana kami terbincang pasal memakai perfume. Pas tu Tuan Haji cakapla beliau "pakai perfume murah2 je yg tadak alkohol, teringin nak pakai yang bercap2 tu tapi was2 ngan alkoholnya (lebih kurang macam tu maksud perkataan beliau ), tapi tunggula kat syurga nanti untuk dapat wangi-wangian yang sebenar. "..Pastu Tuan Haji pesan bacalah selalu doa Allahumma Ya muqallibal quluub, thabbit qulubana 'ala dinik wa 'ala to atiq'...

Selang jarak seminggu or 2 minggu selepas berusrah, tetiba dapat berita tuan haji masuk icu di hosp. pantai. Tuan Haji jatuh dari kerusi dan terus koma ketika meeting di pejabat TNB (kalo taksilap, Im recalling for 5-6 yrs ago). Hari tu Tuan Haji Puasa sunat. Hari tu Khamis masa pengsan tu. Masa kami sampai di ICU tu, nampak macam2 wayar dah dekat badan beliau. Kami baca Yassin ramai2 sama2 budak2 PRS tapi Tn Hj tak jugak bergerak2. Yang bergerak adalah wayar2 nye aja. Dato Jamaluddin Jarjis pun hadir jugak dan sangat concern ngan keadaanTuan Haji. Nurul Izzah dan mak dia pun datang jugak ziarah. Dulu masa Izzah nak masuk Uniten, Tn Hj antara orang yang menurunkan signature as a guarantor. Dan Makcik Hasnah (isteri Tn Hj) pernah bagitau jodoh mereka pun Anwar Ibrahim yang kind of arrange depa dua tu masa belajaq di Uni Malaya dulu. ye la, depa2 ni semua mahasiswa membesar di jalanan yang berdarah perjuangan...

Hari sabtu kalo tak silap, Dr bukak semua wayar2 dan Tuan Haji meninggalkan kami buat selamanya. Pemergian beliau sangat syahdu kerana perjuangan beliau di hati ummat begitu subur. Kak Nik, PA Tn Hj kat ILSAS begitu sedih dengan pemergian itu. Masa kat tanah perkuburan Sungai Tangkas (rasanya la..lama dah sangat kisah ni tu yang macam byk lost the facts)...ramai sangat yang hadir. Macam majlis apa je. Kami iringi dengan air mata dan juga doa.

Tapi sampai skang aku rasa arwah masih ada. Bila aku singkapi ayat Quran tentang perjuangan yg lebih kurang bunyinya "jgn kau katakan mereka yang telah terbunuh dalam jalan Allah itu mati, kerana sesungguhnya mereka itu hidup, tapi engkau tiada mengerti." Ayat ni buat aku insaf seposenla.,akan peri pentingnya kita berterusan buat kebaikan dan kebaikan itu terpahat dan bisa memberi kesan di hati orang lain. Barulah orang akan terasa seperti kita masih ada. Keadaan ini jugak kot jadi turning point untuk rangsang minda dan berdoa supaya Allah istiqamahkan aku memilih jalan dakwah ini. Sekali sekala tu aku takut gak mati (sorry org tengganu cakap meninggal tu mati -unt manusia) , mati secara tetiba. Kalo aku tak berada dalam jalan menyeru kebaikan meninggalkan kemungkaran, aku takut nanti tak terjawab di depan Allah. At least ada gak la something untuk aku bagi jawapan walopon aku agak takla memenuhi skima ketuhanan. Tapi memang betul la beb..bila kita selusuri perjalanan pejuang yang dah meninggal, macam Pak Hamka, ideanya masih subur dan masih dipakai dan dikongsi di kalangan ummat pada hari ini. Inilah yang diungkapakan bahwa sesungguhnya mereka itu hidup, tapi engkau tiaga mengerti.

Al-Fatihah Untuk Arwah Tuan Haji Khairuddin ...Bismillahirrahmanirrahim...Masa aku dah nak habis mengaji kat Uniten aku dapat tau yang ganti tempat tuan haji di ILSAS adalah Khairudin gak namanya..Hihi..It goes with ungakapan melayu..patah tumbuh hilang berganti...Tapi di mana kan kucari ganti yang dah pergi! Upps...LIFE MUST GO ON!

3 Comments:

  • At July 28, 2008 at 1:36 AM , Blogger Mas Ai said...

    assalamualaikum,..
    saya mashitah, timbalan presiden 2 PRS uniten sesi 07/08...dah 3 tahun saya dalam tampuk kepimpinan prs, saya masih berusaha menyelusuri sejarah dan asal usul prs..sehingga terjumpa blog ini..

    prs masih wujud, prs masih gah dan terus cemerlang dalam memotivasikan sahabat2 di uniten...

    saya berbesar hati jika dapat mengenali empunya blog, dan mengetahui lebih tentang prs..

    http://www.prsuniten.org

     
  • At August 15, 2008 at 1:07 PM , Blogger Shahmi said...

    Salam
    Saya Shahmi,merupakan Presiden PRS uniten sesi 07/08.

    Saya terpanggil untuk search mengenai prs uniten dan alhamdulillah , saya berjumpa dengan blog ini yang kiranya merupakan salah seorang daripada PRS UNITEN pada masa tersebut.

    Begitu banyak sejarah yang saya tidak mengetahui mengenai PRS UNITEN.yang saya tau adalah sedikit sebanyak perihal bagaimana PRS ditubuhkan di uniten pada masa dahulu.

    INsya Allah , klau kita ada rezki , bolehlah dipertemukan dengan orang2 yang telah lama berkecimpung. Salam perkenalan

    Untuk pengetahuan penulis blog,PRS UNITEN sekarang telah berkembang dengan baik lagi.Banyak usaha2 yang telah kami lakukan untuk menaikkan nama PRS.

    Bagi saya , ONCE PRS always PRS.
    Saya amat berbangga kerana PRS tetap diingati oleh ramai pihak termasuk dari pihak penulis sendiri.

    Salam perkenalan.

    ape2 perkembangan , boleh lah lawat website PRS UNITEN terkini
    seperti yang dinyatakan oleh saudari mashitah.

    Wassalam

     
  • At August 21, 2008 at 11:20 PM , Blogger RoyAL UnITeNErS said...

    This comment has been removed by the author.

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home