Teringat pesan Ust Uthman El-Muhammady
Salam buat semua,
Terima kasih di atas kata2 perangsang yang dihantar melalui YM dan juga sms. Minta maaf sms Malaysia tidak dibalas dengan sms tapi hanya melalui YM. Semenjak balik dari UK, blm lagi top up pasal kat Dublin boleh pakai meteor free melalui website je..Hihihi..Whatever it is, you are my inspirations! Dalam diam saya merafakkan syukur kepada Allah, merendahkan diri dan menghinakan diri yang lemah ini di sisiNya di atas kurniaan apa saja yang telah saya perolehi sepanjang menjalani kehidupan di muka bumi. Makin hari makin terasa Allah Maha Memberi, Memberi tanpa meminta semula...
Teringat pesan Ust Uthman ketika Tamrin Qiady di Masjid Shah ALam April 2007 anjuran ABIM Pusat. Ketika kuliah Zohor beliau menyenaraikan langkah2 yang perlu diambil untuk muhasabah diri. Saya hanya mengingati sikit sahaja. Selebihnya catatan tersebut masih tersimpan dalam buku diary 2007 di Malaysia. Nanti balik Malaysia Insya Allah buku tu akan menjadi priority boarding. :)
Ust Uthman menyebut untuk menjadi orang yang bersih jiwa, dekat dengan Pencipta, kita perlu hina diri di depan Tuhan. Rasakan diri kerdil dan lemah. Sekiranya kita tertinggal amalan2 yang selalu kita amalkan, Qadha semula. Contohnya, sekiranya amalan kita selepas subuh membaca surah ar-rahman, lepas asar surah al waqiah dan sebelum tidur al-mulk, jika tertinggal maka kita qadha membacanya pada keesokan hari. Insya Allah, kita akan lebih berdisiplin.
Yakinlah bahawa Allah maha Mendengar doa hambanya. Lambat dan cepat pasti ada hikmahNya. Allahumma aamin..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home