Wacana Ilmu: Jelajah Prof Sidek Baba
Fasa 1: We have to know WEST
Pada jam lebih kurang 1 petang, Komuniti Melayu Sheffield telah menghadiri program Wacana Ilmu bersama Prof Dr Sidek Baba. Wacana Ilmu ini diadakan oleh MISG ABIM UK&Eire dalam rangka meraikan kedatangan Cikgu Sidek (panggilan manja) ke bumi Eropah.
Cikgu Sidek mulakan bicara beliau " When we know Islam, we have to know West. We will be in the dark if we don't know West. In Islam, we don't against West".
Cuma apabila berlaku globalisasi, kita semua kena berhati-hati. Apabila berlaku globalisasi, ia juga memberi kesan kepada kekeluargaan. Oleh itu, kita kena tahu do's dan don't.
Orang Islam perlu sedar dengan agenda globalisasi. Pada zaman dulu, pengkaji-pengkaji Barat telah datang ke Andalusia, membaca, mengkaji tamadun Islam dan pulang membangunkan tamadun Barat lantas menjadi SUPERPOWER dan telah meng'colonize'kan (sorry tak tahu kot Melayu) kita semua.
Dalam soal membina keluarga bahagia, bagi yang belum kahwin kena ada phsycological preparation. Al-Quran banyak memberi panduan bagaimana mendidik anak-anak menjadi anak-anak yang berguna. Al-Quran menyebut anak yang baru lahir ibarat kain putih. Yang mencorakkannya adalah ibubapa. Begitu juga kalau dikaji Fraud, Skinner (tak sure la ejaan nama depa2 ni) & lain2 pakar psikologi Barat, juga berpendapat bahawa ibubapa dan persekitaran memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.
Kain putih ini kalau kita kenakan kepada debu-debu dan apa sahaja, ia akan memberi kesan kepada kain tersebut. Mungkin menjadi kotor, mungkin menjadi lagi tak cantik dan sebagainya. Begitu juga dengan anak-anak. Faktor kekeluargaan dan persekitaran bakal mencorakkan anak-anak.
Dalam Islam kita diajar memberi salam. Salama (the key word). Salam itu bermaksud kita mendoakan kesejahteraan kepada saudara kita. Menyebut Assalamu'alaikum diikuti dengan warahmatullahi wa barakatuh: dengan rahmat dan berkah Allah swt ke atas kamu. Kan itu ada beza dengan Good Morning. Good morning itukan selamat Pagi. Tetapi Islam mengajarkan kita mendoakan kesejahteraan dengan melibatkan pertalian antara memberi kesejahteraan itu berkait rapat dengan rahmat dan barakah daripada Allah swt. Oleh itu, umat Islam perlu menggunakan akal yang diberikan untuk memikirkan bahawa kita ini sentiasa diberikan rahmat dan barakah. Tidakkah kita terfikir selama ini?
Dalam Al-Quran ada 44 tempat ayat yang mencabar kita untuk berfikir menggunakan akal yang diberikan. Afala yatafakkarun..Afala ya'qilun..Afala yatadabbarun..(tidakkah kamu 'investigate'). Apabila melibatkan yatadabbaruun..ia melibatkan fikir dan zikir.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home