A'skum buat semua pengunjung budiman,
Semenjak aku pulang ke tanah air ni, aku rasa blog ku tak sememeh. Kalo ada new posting, asyik dalam nak cepat je. Tak tenteram aku dibuatnya. Maklumla, internet kat cc sekarang ni. Hari ni aku jumpa artikel quite good and i feel to share. Kebetulan aku pun terlintas jugak nak tulis pasal ni. Alang2 shueq dah tulis, aku copy je. Ok shueq, dengan izin ye. Sape yang berminat lebih sikit tentang motivasi, then boleh pergi ke
http://www.imotivasi.com/. Insya Allah, berkelapangan akan ku hias2 sikitla, kasik ceria banyak2...Enjoy reading...
September 20, 2008 | By Shueqry |
Apa dia dua boleh diubah, satu tidak?
Dua tu adalah rezeki dan jodoh.
Satu, adalah mati. Mati adalah sesuatu yang pasti.
Bersedia sudahkah kita berdepan mati? Sebagai peringatan untuk Anda dan juga diri saya.
Kekadang merasa takut, sebab macam terasa pahala masih kurang, sedangkan dosa-dosa kecil yang terkumpul tak tahu berapa kilo dah beratnya. Mana tahu, timbangan dosa jadi lebih berat pula.
Jodoh masih boleh diubah. Sesetengah orang kata, jodoh dah tertulis di Luh Mahfuz, tapi kita tak tahu siapa sebenarnya jodoh kita.
Saat kita dah mengerti soal jodoh di usia akil baligh, ia menjadi satu misteri.
Walaupun kita dah berkahwin, masih ada risiko pasangan kita tu bukan jodoh kita. Maknanya, jodoh boleh berubah, diubah atau terubah.
Setujukah Anda? Atau Anda ada pendapat lain tentang soal ini?
Begitu juga dengan rezeki. Walaupun dah tertulis di Luh Mahfuz cemana rezeki kita nanti, namun rezeki masih boleh diubah, berubah dan terubah.
Rezeki bergantung pada usaha, ilmu dan ketakwaan. Ada orang kuat berusaha, sedangkan kurang pendidikan dan bukan Muslim pula. Cemana tu?
Usaha menjadi kekuatannya, pengalaman hidup itulah gurunya.
Jika kita ada ilmu, kerajinan dan ketakwaan mendalam, sudah tentu rezeki kita melimpah ruah kerana sikap sebegitu disukai oleh Allah, pemilik segala pintu-pintu rezeki dan pemegang kunci pada pintu-pintu kekayaan.
Maka, sudah tentu dia akan menunjukkan punca rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka munculnya, hanya kerana kita bertakwa. Dari apa yang saya baca, para ulama setuju, dahulukan takwa dulu, kemudian baru ilmu, baru usaha.
Soal jodoh dan rezeki sebenarnya boleh diubah, boleh diusaha, bukan hanya sekadar berserah pada takdir.
Walaupun saya juga masih belum jumpa siapa jodoh saya, saya bersedia untuk berjumpa dengannya, mungkin boleh berjumpa bila-bila masa, di mana-mana saja!