Perjuanganku tiada penghujungnya...

Monday, June 9, 2008

Michell n Gedine...

Michell ni kawan kepada budak rumahku. Dia ni dah setup co' sendiri. Aku selalu gak p umah dia. Apa yang menarik pasal dia ni? She has been in Malaysia, buat research kat dalam hutan pasal tumbuh2an herba. Sebut pasal herba, aku cita kat dia, aku kata org mesia kalo patah tangan, 'tok bomoh patah' akan bandage tangan dengan buluh. After 3 weeks, boleh la pergi bukak bandage, dan tulang tu masuk semula. Bila aku cita pasal buluh tu, Michell cakapla sebenarnya kat China (she has been 5 yrs in China, regarding to herb jugak), ada sejenis buluh, namanya aku lupa, didapati ia blh menyembuhkan tulang yang patah. So depa2 kat China ni amik proseskan buluh tu jadi makanan herb dan sesapa yang patah tulang tu, akan makan herb tu dan Insya Allah (Insya Allah ni Michell tak sebut la) boleh baik.

Bila aku renung balik pasal orang China dah sampai tahap menkomersialisasikan buluh tu sebagai produk herb untuk menyembuh penyakit, aku teringatkan tentang kepentingan jihad yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Jihad (yg aku ungkapkan selalu adalah komitmen, iltizam dan istiqamah) boleh membuatkan satu2 tamadun maju. Orang Islam kalau nak lagi maju kena perkasa semangat jihad and put in into practical. Kesan kepada jihad adalah hidayah. Apabila kita berjihad (buat sesuatu bersungguh2) maka Allah akan tambahkan hidayah. Masa aku kat Kolej Dar al-Hikmah, aku selalu sebut pada students, buat assignment buat bersungguh2. Mereka datang pada aku, complain tak jumpa buku kat library tntg tajuk assgment yang diberikan. Aku cakapla, korang carik sampai rak mana je? Cuba belek sesatu kat rak tu, dari 1st rak sampai la rak hujung. Ha..selang beberapa hari students ni datang semula bagitau kat aku dah jumpa pun buku yang related tu. Ha! Aku cakap inilah dia jihad dan hidayah. Selama usaha bersungguh2 mencari buku tu dari satu rak ke rak yang lain, itulah dinamakan jihad dan yang bunyinya "ooooo aku dah jumpa dan paham apa yng tajuk assgment ni nak apa", itulah yang diungkapkan sebagai hidayah , dalam konteks ini la.

Untuk mendapat hidayah, tidak selamanya susah tetapi tidak bermula dgn senang. Kalo nak hidayah kena berusaha bersungguh2 (berjihad). So nak berjihad ia menuntut pengorbanan. Ch: kalau seorang pelajar memberitahu dia tak dapat study pasal rumets dia yang lain semua dok syok menonton vcd. Dia ada keinginan semangat kobar2, tapi bila nak start je , tergoda ngan sekeliling yang majoriti tgh duk layan VCd. Makanya aku menyebut bahawa kamu kena keluar dari bilik itu. Bawak buku p library ke or somewhere else untuk dapatkan mood belajar. Dengan kata lain kamu kena hijrah. Bergerak meninggalkan bilik for the purpose untuk study. SO dengan kata lain, untuk berjihad kita kena berhijrah, kita kena keluar dari complacent area kita. Sebab tu dalam surah At -Taubah ayat 20 menyebut "hajaru" dulu baru "wajahadu"...Nak berjihad kena keluar dari complacent area. Dlm konteks student tadi, kena tinggalkan bilik tu dan pergi library atau lain tempat yang memberi fokus! SO, bila dah berhijrah, diikuti dengan jihad, Insya ALlah, Allah akan tunjuki kita dengan apa yang ingin kita lakukan. Buat research pun adalah antara jihad mulia dalam Islam. Bagi bakal2 Dr yang tgh buat Phd, buat research itu adalah proses mencari kebenaran untuk ilmu tersebut.

Bila teringat pasal patah tu, Michell punya kawan, nama Gedine. Tangan dia patah. So aku tak sure lak dia pakai ke tak herba buluh tu..Tapi yang aku citer kat sini, dia ni sangat cekal Tangan dia patah sebelah, tapi sebelah tangan lagi, rajin je mengemas tu mengemas ni.! Kdang2 aku malu sendiri bila ingat aku ada 2 tangan completely perfect, tapi mengemasnya takla beriya mana!...

Bila pk pasal orang China dah berjaya mengeluarkan buluh herb tu, aku terpikir bahawa dalam konteks dunia pasaran hari ni, kalo kita nak tackle customer, kita kena tahu citarasa customer. Mungkin kalo kasik buluh itself, takde da customer yang nak beli untuk ubat patah tangan. tapi bila di packed cantik2, dimodenkan ada je customer nak beli. Benda yang tradisional, kalo pndai cara packednya pasti laku di dunia yg serba moden ni. Bila aku pk2 secara mendalam, aku rasakan sudah sampai masanya para daie hari ni perlu menterjemahkan dakwahnya dalam bentuk kontemporer supaya ia dapat diterima oleh mad'u (customer) dengan berkesan. Intipatinya tidak berubah tapi metod berubah demi meraikan kepelbagaian ragam ummat. Aku teringat dulu aku pernah ikut kuliah matla'al badryn. Adoi, 3 jam kuliah 3 jam lentok. So agaknya dah sampai masanya kita kena pk kan cara bagaimana nak menyampaikannya dalam bentuk meraikan kemudahan2 IT yang ada pada hari ini agar lebih ramai mad'u yang tertarik dengan produk2 dakwah kita.

Aku bersyukur pengalaman aku dalam ABIM banyak mengajar aku bagaimana cara memahami psikologi mad'u. Dalam konteks reach out orang asli, aku masih ingat aku dan students KDH sesama p masuk hutan kat semenyih, menganjurkan prg makan2 dan pemeriksaan kesihatan unt orang Asli. Dari situ, kami mengenali gaya kehidupan mereka, kami slow2 approach anak2 di situ, membantu mereka membaca dan menulis dan dalam ms yang sama kami cuba sampaikan Islam kepada mereka. Aku berbangga dengan komitmen students ku yang pergi ke Hutan di Kelantan dan mengislamkan orang asli dalam program tersebut. Itu untuk orang asli. Bagi dakwah untuk yang tak asli ni, macam2 la metod yang kami cuba pakai alhamdulillah ada yang nampak kejayaannya dan ada yang belum lagi. Tapi apa2 pun kami berusaha menyampaikan dalam bentuk yang sesuai dengan jiwa mereka. Menjadi atau tidak, itu bukan tugas kami. Kami serahkan kepada Allah swt untuk hal seterusnya pasal tuhan bukan tanya jadi ke tak jadi tapi Tuhan akan tanya masa lapang mu apa yang engkau buat! ...Da........



p/s: kanak2 di seksyen 8 bandar baru bangi menyertai kelas iqra' yang dianjurkan oleh ABIM Daerah Bangi..(sajeje masukkan gambar ni kat entry ni...)

....Pemeriksaan kesihatan orang Asli...

----Games untuk anak-anak orang Asli---------Mereka pun ingin gembira seperti kita..........

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home