NikMaT KaSiH SayaNg...
Salam buat pembaca yang kukasihi...Wah! Rindu rasanya nak berkongsi cerita dan pengalaman. Kesibukan harian membuatkan takdan nak update blog. Hari tu yo yo yo je cakap dalam hati setiap hari kena satu posting jugak. Tapi in real, belum berjaya nak tepati. Itulah kesilapan aku tidak merangsang dan memperhebat minda ke arah nak merealisasikan hajat. Ingatkan sementara tunggu solat subuh bolehla masukkan satu posting. Tengok2 lepas bagi salam, terus je aku dah di alam lain. Baca mathurat pun tak tahu hujung pangkal mengantuk punya citer. Nampaknya setan bersungguh2 berjuang menggodaku. Inilah ujian paling hebat during summer ni. Tapi syukur jugak at least solat subuh 'ala waqti ha. Tetapi tu kadang2 hampir tewas gak, lagi 20 min nak azan, masa tu la mata tersangatla rasa takleh bukak. Tapi berkat kesungguhan adik2 rumetku ini Zeti /Lin memainkan peranan watawa saubil haq watawa saubil ssobr, maka berjaya jugakla aku mendirikan solat. Patutla Rasullullah s.a.w begitu gigih membina peribadi para sahabat kerana sahabat itu penting sebagai penguat kepada amar makruf nahi mungkar! Inilah kot kepentingan berada dalam satu jamaah. Rasa bahgia aku tatkala aku hampir tersungkur ada penyelamat keadaan!
Hari ini aku rasa terharu, eh jap, terharu ke terkilan..aku selalu tersilap untuk menggunakan 2 perkataan ini sesuai dengan ayat dan makna. Selalu terbabas ketika berucap menggunakan perkataan ini. Walaubagaimanapun, yang aku nak kongsikan malam tadi dan separuh hari ini aku menghabiskan masaku dengan keluarga Melayu Lucan, ie Kak Zaila. Aku bersyukur sangat2 dan sungguh2 kepada Allah swt atas kebaikan keluarga Kak Zaila dan ABg Farid. Tadi balik ke rumah depa hantar aku sampai depan pagar. Kebaikan sungguh luar biasa. AKu tak pernah bermimpi tercampaknya aku di bumi, bumi apa yep, kalo mesir tu bulehla sebut bumi anbiya'..aku ungkapkan bumi barakahla senang citer. Ye lah, masa cuti winter aku lepak sebulan kat umah Kak Zaila. Entah sape Kak Zaila pada mulanya aku pun tak kenal. Sekali je aku jumpa dia masa aku baru datang awal bulan 9 2007. Dia datang ziarah Faiqa anak Eton & Bal. Comel Faiqa tu..Ye la mak bapaknya pun sweet...Then bulan 12 Kak Zaila kol aku tanya ada orang nak tolong tengokkan anak dia sebab dia dah nak start kerja after maternity leave over! Emm..aku tak tau kenapa tergerak hatiku nape aku nak tolong jaga..tapi semua gerak hati itu berlaku dengan izin ALlah dan ilham daripada ALlah jugak. ALhmdulillah. Walo sebulan duk ngan mereka, aku masih lagi terus keep in touch ngan keluarga mereka. Kak Zaila adalah orang yang saaaangat menjaga hati dan perasaan dan selalu cuba sedaya upaya untuk comfortkan aku tatkala aku datang lepak umah dia walopon aku sampai lambat hampir kol 10 malam. Abg Farid plak, adalah orang yang sangat respek akan orang lain. TU yang aku salute family ni. ALhamdulillah..Sampai sekarang aku rapat dengan mereka. Anak nya Sara nak masuk 1 Tahun, Nadia 8 yrs, semuanya cute2 dan rapat ngan aku. AKu anggap semua tu macam anak buah aku. Aku harap Allah sentiasa murahkan rezeki mereka. Smoga Allah memberikan kasih sayang ke dalam keluarga mereka. Kak Zaila pernah jadi best student untuk accounting. Emm, pas buat degree dia buat CA. (Chartered Accountant) within 2 yrs of 3 yrs provided. Fuh, power gitu. Masa dia buat CA, Nadia dah ada. Ada hikmah aku kenal Kak Zaila. Setiap kali aku rasa letih, malas nak study, aku gambarkan ketekunan Kak Zaila yang sentiasa mencari-cari masa lapang untuk study disebabkan oleh kesibukan berumah tangga dan anak2. Tatkala aku rasa malas nak bangun awal pagi masa winter2 dulu (ye la winter kan kol 8 pagi gelap lagi)..aku terbayang2 Kak Zaila dah ready nak p kerja pada jam 7 pagi walopon penat dan letih dengan tugasan melayan karenah anak2 sehingga lewat malam. Bila pulak aku rasa macam malas nak berusaha menggapai cita-cita, aku teringat pulak jirah Kak Zaila yang sentiasa tiap2 pagi exercise marathon slow2 dengan tongkatnya sebab dia punya nerve dah tak berfugsi tapi masih lagi bersungguh2 berusaha melawan penyakitnya. So I concluded that there is no solid reason for me not to succeed! Tadi after kitorang lepak2, kitorang p lunch kat Kebabish. Kedai Halal orang Arab kalo tak salah. Pastu Kak Zaila belikan aku aiskrim n finally drop aku depan rumah. Aku bahagia. Berkaca jugak mataku sewaktu aku nak mengangkat takbir zohor di rumahnya tadi atas kemurahan dan kasih sayang Allah menjadikan mereka keluarga yang baik hati. Sememangnya aku tak pernah kurang kasih sayang di mana sahaja aku berada. Kembali aku teringat pesan Presiden Kolej ku, Ustaz Siddiq sebut sentiasalah menghayati asma al-husna. Di sebalik nasyid asma al-Husna yang sentiasa kami nyanyikan dalam dewan besar Dar al-Hikmah pada setiap hari Rabu petang, ada makna besar yang aku rasai setelah aku di perantauan ini. Rupanya inilah terjemahan kasih sayang tuhan kepada manusia dalam batas-batas kemanusiaan. Baru aku tau nape la Ust Siddiq selalu menekankan bacalah asma al husna tu..sehari baca satu n tengok apa maknanya..satu untuk sehari, 99 hari khatam la" pesananya masih terngiang2 kat telingaku. Itu antara cara kita kenal Tuan yang cipta kita. Masya Allah. Itulah dia Ar Rahman yang Dia resapkan dalam diri yang dicipta. Kak Zaila dan abg farid, thanks very much.! Aku belajar mengenali Allah itu sangat kaya dengan kasih sayangNya itu melalui keluarga mereka. Dulu Ust Siddiq pesan lagi (soorry bukan taksub ngan Ust Siddiq, tapi memang Ust Siddiq suka sebut tentang kasih sayang!) bila orang tu baik dan kasih akan kita, maknanya baik itu dan kasih itu adalah jelmaan sifat asma al husna Allah swt. Dia memiliki sifat tersebut dan dia sangat Kaya .Hanya yang kaya sahaja boleh memberi. Hehehe..Dah jauh barula aku terkenang itu ini..masa dekat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. tak apalah, at least berfungsi gak telinga tu..syukur wal hamdulillah...
Hehehe..dalam diam2 juga aku merafakkan syukur yang paling tinggi jugak pada Allah sebab pertemukan aku ngan family eton yang banyak gakla aku berkongsi pengalaman pahit maung cemana dia boleh berjaya dan affiliate untuk ACCA. Semangat dia tu aku suburkan dalam jiwa aku..Keluarga Kak Naz dan ABg Zafrul jugak, depa ni sangat selamba dan rock tapi hebat wooo dalam menggapai cita2. Aku salute la Kak Naz dan Abg Zafrul..bertukar2 pandangan bagaimana nak buat program untuk anak2 kat sini ke arah menjadi anak yang soleh..aku ni kalu datang ke umah kak Naz dapur yang aku tuju dulu.. mesti adalah laksa penang ke, masak kurma ke, lepat pisang (kalo tak silap)..kuih bakar ke..tambah2 plak kalo terserempak ngan abg zafrul masa he back home, mesti tanya dah makan belum? makan tak? aku tersengih2 malu menjawab..takpe2...takpe2 takpe..dah makan dah...hihiihi..Amirah anak mereka, seorang yang tak kedekut dgn apa yang ada. Pandai baca Quran dan berdikari orangnya. Pandai melukis. Cantik sangat lukisannya. Nanti besar Kak Jie doakan agar jadi Muslim Professional Artist. Semoga Amirah boleh melakar keindahan ciptaan Ilahi dan berjaya menimbulkan rasa kagum dan insaf melutut ke Ilahi bila orang tengok lukisan Amirah. Buat keluarga Abg Man, a very perseverance biznesman, tatkala aku terserempak ngan dia, aku slalu tanya, abg man, layu je mata, tak tidur ke malam tadi..."a ah,,,sibuk deal ngan orang Mesia.." aku salute dia. Ketidakcukupan tidur yang dikorbankan untuk memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam mengangkat produk Melayu Muslim sangat perlu dihargai dan diberi kerjasama. Untuk Kak Norma, thanks bebanykak, selalu masak sedap, semalam aku makan ikan keli kat umah dia.Masak sambal! Waduh, teringat waktu kat Kajang, lunch time aku n kak Jijah terus je start kete pi makan kat Wak Pang. Waduh! Oh Malaysia tanah Airku. Jangan risau Malaysiaku. Di mana bumi kupijak, aku tidak pernah kering kasih sayang. Dalam diam, aku menghantar aura rindu ku kepada mak dan abah dan ahli keluarga tercinta kerana tarbiyyahnya menjadikan aku cukup berdikari di perantauan! Dengan penuh kehambaan, aku bertafakur di atas keizinanNya melepaskan aku buat sementara, menggalas tugas kekhalifahan sebelum bertemu dengan Nya semula.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home