Perjuanganku tiada penghujungnya...

Friday, June 20, 2008

3.55 pagi, 21 Jun 2008...

"Buaka puasa berjemaah provided by Dublin Mosque-Ramadhan 2007"
heheh..takyah masak....

Assalamu'alaikum buat warga pengunjung blogku, terima kasih banyak2 atas sokongan dan dokongan yang tidak putus2 diberikan. Ku hargai dengan balasan doa rabbana atina fi dunnia hasanah wa fil akhirati hasanah wa qina 'azaabannar..

Hari ini aku mulakan hidupku seawal 3.55 pagi. Try buat formula baru, tidur immediately after isya' dan bangun semula untuk menunaikan solat subuh! Alhamdulillah, kemurahan Allah menganugerahkan aku roomates yang energetic di dini hari berjaya empower aku untuk mengadap Ilahi walopon ngantuknya Ya ALlah!...Tuhan je yang tahu... THanks Zeti n Lin..

Lately, aku dok baca semula buku Tafsir Maudhuiy (Wacana Tematik) yang disampaikan oleh Dato' Siddiq Fadzil few years ago. Adoi..aku nak kongsi pengalaman mula2 aku datang kuliah ni..Masa tu aku final year ke second year di Uniten. Aku datangla ke Pusat Latihan ABIM yang la ni dah jadi Kolej Dar al-Hikmah. Adus! masa mula2 dgr Ustaz Siddiq cakap..aku ngantuk yang amat..rasanya 3 jam kuliah 3 jam aku lentok dalam dewan besar PLA tue..Nasibla gumbira la syaitan kabiir tu duk kat atas mata aku..Tapi bila dah lama2 alhamdulillah, barula paham gaya, bahasa dan mesej beliau.

Mula2 aku meminati pidato beliau, aku start dengan mengutip dan menghafal lawak2 yang diselitkan melalui ceramah-ceramah beliau. Aku still ingat sewaktu orang duk heboh dengan kemenangan Mawi Akademi Fantasia, beliau menyebut sekarang ni semua orang nak jadikan Mawi idola...Dan tak kurang pulak yang masing2 sanggup ngaku orang Jawa walopon sebelum ni tak pernah ngaku..Satu hari tue, beliau cita masa beliau bagi ceramah kat Kelantan, ada la sorang pakcik ni kata,,.."oh...kawe ni pun ore Jawo jugok..Kg.Jawo Pasir Puteh, Kelate.

Hihihi...

Emm...ooo kalo rakan2 sedari kita ni tak lama dah nak masuk Ramadhan....Isk3...yg lebih mengharukan isk333 bangun sahur jauh dari keluarga tercinta..emm takpe2..pas ni aku nak kol mak ni...so takyah2 sedih2...Ok ..cita pasal nak Ramadhan..Ust Siddiq sebut dalam Tafsir Maudhuiy...tentang kewajipan puasa yang telah diwajibkan juga untuk orang terdahulu...napenya Allah sebut ".......kutiba 'alaikumussiyaa mu kamaa kutiba 'ala llaziina min qoblikum la'allakum tattaquun" Emm..napenya disebutkan puasa ni diwajibkan kepada orang terdahulu jugak? Ok..kalo kita tengok2 balik ayat tu, tak ke kita perasan bahawa lapar dan dahaga yang kita tanggung selama ni juga telah ditanggung juga oleh orang2 terdahulu? Dengan kata lain, kesusahan, lapar dan dahaga dan apa2 cabaran kalo kita tanggung bersama, kita takkan rasa benda itu satu beban. Susah kalo dikongsi bersama dia akan jadi senang malah dia lebih manis apabila sama2 kita merasai hasil itu bersama setelah kita lalui kesusahan itu bersama. "La'allakum, tattaquun"=~mudah-mudahan kamu bertaqwa..cuba tengok ayat Allah tu..mudah2 mudahan..maknanya dengan harapan puasa itu akan menjadikan kita taqwa=God Conscious. Puasa berjaya menjadikan kita orang yang bertaqwa- orang yang concious dengan suruhan dan laranganNya. Bila kita sedar akan kehadiran Tuhan itu di mana2, itu yang membawa kepada takut kepada ALlah..So jangan pelik bulan puasa masih lagi ada perkara2 yang tak elok berlaku kerana ia bergantung sejauh mana kita meletakkan nilai2 god consciousness itu dalam kehidupan seharian. Namun, kita sebagai daie tidaklah boleh berasa lemah dan putus asa dengan program2 dakwah menyeru ummat meraih taqwa kerana masalah sosial yang berlaku di sekeliling tu menjadikan kepala otak kita lebih generating idea2 untuk terus memperhebatkan agenda dakwah. Ada hikmah dia..Tapi sama2 jugak kita doakan agar kita semua dijauhkan dari melanggar larangan dan dipermudahkan jalan untuk menguatkan spiritualisme kita.

3 Comments:

  • At June 22, 2008 at 7:14 AM , Blogger sweetnur-ae-sya said...

    kak jie, yg pakai jam tu agaknya tgn sha kan,..kekeke,da lupa amek ganba ni =p xsangka ada manfaatnya jd wadah tatapan pengunjung yg dikasihi...-sukasuka =p

    kikikikikikk

     
  • At June 22, 2008 at 1:40 PM , Blogger jieismail said...

    tak..rasanya tangan pakcik yusuf...heheheh...thanks sya for your support. together we live together we stand..

     
  • At June 23, 2008 at 1:06 AM , Blogger Nad'Nadia said...

    salam kak G

    wah!windunyerr nk makan nasi mnyk ayam tandorri..
    windu nk berebut2 ngan arab2 tu
    windu nk makan dalam dulang reramai...
    bessttt kalu dpt ulang saat tu smuaa kannn....:))

     

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home