Tulis matlamat..
Salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini yang tidak putus-putus memberikan saya semangat untuk meneruskan kehidupan menggenggam cita-cita di bumi sejuk bertuah ini. Semoga rahmat Allah dan barokaNya sentiasa diturunkan selari dengan kesejahteraan yang dinikmati dalam hidup kalian..Kalian merupakan sumber inspirasiku!
Ketika saya sedang menulis blog ini, kesihatan saya tidak berapa cemerlang. Dalam 2 minggu saya diserang selsema dan batuk. Dulu masa di Malaysia, sangat susah untuk dapat batuk dan selsema walaupun almost semua orang kena. Pernah setahun saya tidak kena selsema. Tapi kebelakangan ni, antibodi kurang kuat untuk melawan atau mungkin jugak kali pertama saya mengalami pertukaran musim. Hari tu winter..memang dah set mind sejuk yang amat. Okla..tapi bila summer ni tak set mind..Pasal ingatkan summer macam ala-ala Malaysia. Rupanya ujian ketika summer lagi parah dan perlukan mental and physicology preparation yang kental kalau kita nak lebih cemerlang. Mana taknya..dengan perubahan waktu solat subuh yg sangat awal. waktu isya' yang masuk lambat, dengan cuaca yang tiba2 sejuk macam ala2 winter dan kadang2 panas..membuatkan saya kurang cekap untuk mengurus. Takpela,,slow2 Insya Allah tahun depan better! Insya Allah..
Ha..sebenarnya nak cerita pasal kesihatan & matlamat. Bila badan kurang sihat, otak kurang cergas untuk memberi arahan untuk bekerja ke arah kejar matlamat. Ketika itu, macam2 perasaan negatif datang mengkecamukkan keadaan. Ha..bila anda menghadapi keadaan ini, eloklah kita take 5, tengok dan baca balik matlamat yang pernah kita tulis pada awal stage of planning dulu2.
Ketika awal2 saya membuat perancangan hidup, saya ada menulis dalam diari. Haa walaopon saya jauh di perantauan..saya dapat memiliki Perancangan Eksekutif 2008 yang dijual oleh ABIM..Hahaha..Terima kasih kepada Kak Asmawati yang menghadiahkan kepada saya dan mengirimkan melalui Prof. Shaharudin ketika beliau datang mengisi slot di Perhimpunan Rekreasi Ilmu MISG ABIM April baru2 ni...
Saya baca balik apa matlamat jangka pendek saya dan apa matlamat jangka panjang saya. Bila baca saya menjadi lebih positif, yakin dan kepala saya tidak lagi berkecamuk dan lebih bersemangat.
Jadi, kepada anda di luar sana...jangan cepat mengalah dengan keadaan. Bila kita lemah sikit, syaitan akan cucuk kita. SYaitan sentiasa non stop berhempas pulas. Kadang2 saya geram jugak syaitan ni..istiqamah betul..Tapi saya lebih berbangga kerana walaupun syaitan diberi acknowledgement untuk goda kita ketika di dunia dan dia punya sikap istiqamah, kita juga diberi acknowledgement untuk berusaha istiqamah di dunia ini PLUS kita ada Allah yang menjaga kita, yang memberikan kita kekuatan dengan cara kita baca zikir, kita baca Al-Mathurat, kita baca ayat2 hafalan Quran tak kira di mana saja kita berada. Sebut pasal Al-Mathurat, saya bersyukur berada dalam ABIM membuatkan saya berdisiplin untuk membaca Al-Mathurat setiap lepas SUbuh dan Asar. Dulu ingat lagi, masa mengenali Al-Mathurat di UNITEN, saya baca doanya kot Melayu dan baca guna bukunya..Tapi selepas 10 tahun, kini saya tak lagi kena guna buku..Takpela...selepas 10 tahun..saya tak macam orang lain..lambat pick up..lambat ingat..tapi sekali saya ingat saya takkan lupakan fakta tersebut..Itu kelebihan dan kekurangan saya...Kini..kalo saya terlambat bangun pun, tak sempat nak baca AL-Mathurat selepas solat subuh...alhamdulillah...Allah punya kasih sayang...mengizinkan saya membaca AL-Mathurat dalam bas...Takpela..baca jugak..dari tak baca langsung...Yang saya perasan...saya tak pernah hilang barang dengan amalan Al-Mathurat..kalau tersilap letak pun barang tue..saya mesti terjumpa kembali..Alhamdulillah..Allah punya kuasa membentuk kehidupan saya di jalan sebegini tapi yang pasti ALlah juga memberi mengikut apa yang kita fikir dan tindakan kita..SO apa2 pun..kita rancang.,...kita bertindak..kita sentiasa meminta panduan dan pertolongannya dengan sentiasa beristikharah, solat hajat dan amalan solat taubat..Insya Allah..hidup lebih bersemangat kerana kita ada hala tuju iaitu menyahut seruanNya untuk lebih bahagia di akhirat...
1 Comments:
At June 26, 2008 at 4:38 AM , joshua said...
Lovely.
PALAVROSSAVRVS REX
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home