Di pagi Jumaat 20 Jun 08..
Salam yang penuh hormat kepada para pengunjung blog jieismail.blogspot.com. Terima kasih tak terhingga di atas sokongan dan dokongan sahabat2 semua dekat dan jauh atas ucapan tahniah sebab aku dah ada blog. Hehehe..simptom lepas exam dan cuti summer la ni..ANyway tak terhingga ke rendahkan martabatku kepada Tuhan Azizul Jabbarul Mutakabbir yang mengizinkan banyak kemahuanku tercapai. Terasa cinta Tuhan tidak padam terpadam kerana apa yang terlintas dan dirancang di benak kepala makin lama makin direstui dan dipenuhi...Hik33 insaf..insaf...
Hari ni hari Jumaat, selalu terasa kelainan bila tiba hari Jumaat. Hati menjadi lebih tenang..LEBIH TENANG..dari hari2 lain yang juga banyak memberi ketenangan dan kebahagiaan walopon di bumi Barat..Itulah rahsia Islam agama bersifat 'alamiyyah (sejagat)...di mana2 pun terasa barokahnya.
Hehe..hari ni aku tak nak cakap panjang..sebenarnya dah bersiap2 cantik ni dengan baju kurung (jgn tak tau aku rindu nak jadi ayu lady macam kat malaysia-tapi hari tu aku pakai baju kurung kat city center, ada lak oputih ni nak kasik sedekah kat aku....start hari tue dah tak pakai2 dah..tapi hari ni cam rindu lak)...dah bersiap2 bila tgk laptop, mesti rasa nak menulis.. Inilah masalah pd orang yg suka menulis. Dah nak kuar rumah pun kena stop dulu bila idea tu datang tiba2...Aku teringat masa kat Malaysia Kak Jee pernah cakap Abg Jak tu kalu tengah kunci pintu rumah , tetiba idea datang, sanggup dia masuk gi nulih dulu sambil tinggal Kak Jee dalam kereta dengan enjin yang dah pun dipanaskan...hikhikhik..sorry Abg Jak kalo terbaca ni jangan marah yep!
ha..perkara yang nak dikongsi di sini hari ni..mmm aku nak transfer aura semangat ku yang membara untuk terus dan terus bercita2 dan berusaha mencapainya. Jangan resah kalu apa yang ditarget tak capai pada masa yang kita tetapkan kerana Allah tahu what best for us at the best time! Allah akan bayar balik kesungguhan yang telah kita lakukan. Yakinlah, kita akan dapat apa yang kita mau dengan syarat kita bersungguh2. Sekiranya lambat ada hikmah kerana dalam perjalanan untuk merealisasikan itu, Allah telah mempersiapkan keindahan dan cabaran untuk mematangkan kita. seperti untuk mendapat syurga, Syurga itu mahal harganya. Benda yang mahal tak logik boleh dapat senang woooo! Kalu kita berani menyahut seruan untuk bahagia di bumi akhirat, marilah kita maximize fasiliti yang ALlah kurniakan kepada kita secara maksimum. Orang putih kata beyond the limit. THink out of box. Keluar sempadan kebolehan. Keluar dari complacent area. Ini ciri2 environment yang melajukan speed jihad kita. Sama-sama kita fahami otak bukan dikurniakan untuk memikirkan perkara-perkara negatif! Ingat akal kita menarik semua benda yang kita fikir. Positif ke negatif ke...itu namanya sub conscious mind. So kalu kita dah tau ciri2 otak kita ni memang tarik semua perkara, maka tolong naikkan pangkat akal kita ni menjadi mesin penapis akal yang baik! Ha,,macam Ir razef sebut dalam kuliah seblum subuh! MEsin penapis akal yang baik! set target, pikir positif, Jangan pandang belakang. Teruskan berusaha ke arah itu! Insya Allah pasti dapat. tapi jangan terkejut kalo yang kita list no 5 untuk dicapai, ALlah takdirkan kita dpaat dulu. Yang kita list no 1 tu kita dapat kemudian. Semua itu ada hikmah. Allah lagi mengetahui. Mungkin hikmanya Allah nak kasik no 1 tu berlaku dalam keadaan perfect yang mana no 5 sebagai penyokong untuk no 1 menjadi yang terbaik dan sempurna untuk kita. Tapi kita still dapat capai jugak yang no 1 dan no 5 tu kan? itulah kehebatan minda kita dan kehebatan yang Mencipta!
Okeh..aku nak p TEsco nak beli barang2 sikit dan terus ke kedai Irish Cancer Society. Kedai ni kedai charity. Aku volunteer jaga cash till dan lain2 kerja..I need to pasal kalo tak aku tak jumpa medan nak bertekak ngan makcik2 Irish. Makcik2 ni baik dan sporting...Aku enjoy bila bergurau dengan mereka. Mereka suka tengok brooch aku kat tudung ni walopon rm3 je beli kat mesia..dia kagum tengok batu2 bersinar...hikhikhik..duniawi duniawi.....
Bye.
Salam penuh kasih sayang untuk semua
jieismail yang comel dan cute sentiasa;;
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home