Set targeT!
Assalamu'alaykum...
Hihi..hari ini aku diizinkan Allah untuk meneruskan kehidupan dalam keadaan yang lebih baik dari semalam, lebih ceria, lebih bersemangat dan lebih positif untuk terus menjadi khalifatul fil ardh. Dato' Fadzilah Kamsah memesan apabila bangun tidur, tadah tangan, baca doa bangun tidur, baca ayat 1000 dinar dan baca bismillahillazi la yadhurru ma'as mihi syaiun wil ardhi walaa fi ssamaai wahuwa ssamiul 'alim. Hembus ke dua tapak tangan dan usap ke muka sambil melihat cermin dan terus SenyuM! Dan cakap kat diri hari ini lebih baik dari hari semalam....Cayukkk!...
Ye la, Rasulullah suka kan umatnya yang hari ini lebih dari semalam. Nauzubillah dari menjadi orang celaka. Siapa orang Celaka? Iaitu orang yang hari ini lebih teruk dari semalam. Aku teringat message yang aku terima daripada Tn Hj Azam Abd Rahman, Mantan Presiden ABIM ke 5, tatkala aku transit di Dubai International Airport, (on the way ke DUblin tahun lepas)..beliau memesan bahawa prasyarat untuk dikasihi Allah adalah dengan menjadi orang yang sentiasa menjadi pejuang dakwah di mana sahaja kita berada walau dalam keadaan sekali apapun.! Insya Allah!
Hari ini aku nak pesan kat diri aku dan rakan2 pembaca bahawa dalam setiap hari atau setiap minit atau setiap saat kita kena letak target tentang perkara apa yang kita buat. BIla kita meletakkan target, secara diamnya kita telah berdoa semoga Allah permudahkan setiap urusan . Bukan setakat permudah tapi tercapai apa yang kita nak selesaikan. Kita mesti firm dengan diri dan otak kita bahawa ini yang kita nak lakukan. Tapi makesure yang kita nak lakukan itu adalah yang baik, mendatangkan faedah untuk kebaikan diri dan orang lain. Maka untuk mendapat ilham yang baik, aku teringat senior usrah Bro. Sirajudin dulu pernah sebut sewaktu bagi usrah kat Wangsa Maju dulu, beliau sebut tatkala kita terdetik je apa2 hajat, buatlah solat hajat. Junior PKPIM ku Mikael dulu pernah sebut sentiasa buat solat istikharah, insya Allah , pasti jalan terbaik akan terbuka dan Dato' Fadzilah Kamsah memesan tiap2 hari mesti buat solat taubat untuk menarik ampunan Allah. Bila amalan 3 sekawan ni kita amalkan tiap2 hari hati akan bersih. Maka apa2 yg terlintas di hati, bolehla kita pertimbangkan dan beri arahan kepada otak untuk meransang dan mencari idea2 untuk kita laksanakan. Insya ALlah. OTak kita sangat power untuk mencari jalan2 kepada keinginan kita. Sebab tu tak susah kalo nak kan sesuatu kalau kita positif. Yang tak yakin tu kena buang sehabis2an supaya otak kita tidak keliru yang mana yang kita mau. nak ke tak nak! nak ke tak nak!..kopius otak tu satgi...
Dalam mencapai kejayaan, sudah semestinya dugaan mendatang dengan penuh mencabar! Jangan panik. Kekalkan target! Stick to your target. Doa banyak2..Ransang minda supaya beri dan beri, cari dan cari apa jalan penyelesaian. Jangan takut untuk mencuba! Alhamdulillah, semenjak saya meransang minda, banyak tugasan dapat diselesaikan dalam masa yang ditetapkan tanpa banyak mengeluarkan tenaga takut, keluh dan resah!
Islam datang dengan suatu sistem yang lengkap untuk diguna pakai dalam kehidupan. Maka dengan pakej tarbiyyah solat2 sunat yang dianjurkan, dengan anugerah otak yang diberikan, dengan kesihatan yang baik, tidak ada reason untuk tidak dapat mencapai kejayaan.. Lambat atau cepat tu, lumrah alam. Lagi banyak kita usahakan, lagi dekat kejayaan menghampiri kita.
Kalo agak2 nak buat program, tetiba proposal kena tolak, biasala tue. Jangan putus harap. Ransang lagi minda untuk isyaratkan kepada diri kita untuk cari jalan mana kelemahan kita. Mungkin kita terlambat untuk merangsang minda untuk hantar gelombang kepada minda orang yang kita nak propose tu. Cuba lagi. Allah tidak pernah menghampakan kita..cuma kadang2 masa itu yang menjadi tanda tanya. Sudah pasti ada hikmahnya.
Selamat berjaya.
Salam sayang untuk semua:
jieismailcute&comel
1 Comments:
At June 17, 2008 at 12:05 PM , sweetnur-ae-sya said...
emm,betullah kak jie,...alhamdulillah,sungguh benar ada ketikanya terasa seakan Allah mendengar doa kita, dgn tiba2 didatangkn perkara yg terlintas di fikiran kita,..sama2lah bersihkan fikrah kita =) insyaallah,.. amin,...
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home