Fasa 2: Sheffield ke Dublin
10.59 pagi di
Alhamdulillah, kalau aku mampu, aku sujud atas kapet tempat aku duduk ni..aku baru sahaja siap check in diri untuk pulang ke Dublin setelah 5 hari 4 malam aku bercuti di Darnall, Sheffield. Hehehe..bukan bercuti pun, sempena Jelajah Prof. Sidek Baba ke
Alhamdulillah, sekarang aku sedang menunggu pintu 2 untuk dibuka untuk boarding. Sekadar flash back apa yang berlaku, tadi lebih kurang 10.30 aku check in. Sambil menunggu nak dapat boarding pass, Mamat White Ryanair (ini macam airasia la, company yang jual tiket paling murah kat Ireland) dia kata aku kena tambah 4 pounds pasal aku tak check in dalam web masa beli tiket. Emm memang ye pun, pasal sekarang ni semenjak krisis ekonomi dunia membobrok yang berpunca dari U.S tu, Ryanair dah start charge satu kepala check in XX euro, aku dah tak ingat, tapi in pounds 4. emm...aku cakaplah aku beli tiket return. Masa dari Dublin semuanya smooth. Tak ada apa pun kena bayar. Tapi dia kata kena gaks..hehheehhee...ini salah aku la pasal ini sebenarnya taktik (adalah tempat yang kitorang klik tu untuk taknak kasik dia charge diri) yang kitorang selalu buat masa beli tiket online..Ye la mana taknya..cekik darahhhh skang ni ryanair ni dengan tax nye yang boleh tahan gaks la walopon harga tiket tu murah...So aku akur...tapi nak bayar tu kena pergi kaunter ryanair service..Takleh bayar masa kat kaunter check in..aku ok lagi masa tue..walopon aku memang benci tarik..pusing, tarik,pusing luggage ni..
Ok dah bayar aku p semula kat mamat tue, pasal passport ngan mamat tue lagi. Lepas tue, aku check in. Tetiba mamat tu kata can u put luggage on scale? Grrr..aku pelik dah..nape la nak timbang..aku bukan main lagi bergaya berjalan kasik nampak beg tu ok..lagipun kali ni memang tak beli apa barang pun kecuali coklat untuk adik2 rumahku..so aku confident...tapi aku pelik nape la dia nak mintak beg..sebab beg kali ni memang tak de barang apa sangat. Mm tetiba dia kata beg aku 12 kg which ryanair only allow 10kg.Aku cakapla tolong consider luggage aku pasal dalam ni ada laptop. Laptop ni tak de case so tak boleh bawak kat tangan. Dia kata NO! Ooo sebelum tu baru aku ingat..masa aku hulur passport, dia boleh pulak tanya minah sebelah dia tue..is malayssian passport ok? Peh tu..minah tu suruh dia kol kaunter yang hujung satu lagi tu untuk pastikan passport malaysia tu macam mana. Aku dengar la dia tanya minah satu lagi tue..pasal passport Malaysia..Eee geram betul aku ngan airport Doncaster..Nak je aku doa dia jadi stuart little ke..Dulu masa aki dan Ika datang...sama jugak. Masa dia nak mai umah aku kat Dublin, dari Doncaster pun macam tu gak..Mmm...ntohla..inilah matter of Islamophobia...
Haa sambung pasal luggage 12 kg. Aku cakapla “could u consider my weight. There might be others’ weight less than 10kg”. Pasal aku rasa tak patut nak bayar 16 pounds untuk 2 kg extra. Dia macam kesian pasal aku buat muka dan suara kesian..tapi dia rujuk minah kat sebelah tue..minah tu cakap No!..Aku takde idea lain kecuali aku nampak I need to bring out some.. Aku pun pi la kat ujung dunia of tempat check in, tempat agak isolated pasal nak kena kemas beg ni..AKu kuarkan coklat2 yang nak bagi kat adik2 umah..masa aku tengah kemas aku terpandang ada makcik tua dan pakcik tua..dah tua dah…tgh queue kaunter aku check in tue..aku teringat classmates non muslims aku pesan dulu..kalo irish ni..they are like angels..they are helpful…tapi kalo English especially area
Aku pergi balik kat beg aku dan kemas lagi..keluarkan apa yang patut. At last Done! Done well! Well Done!..Aku p check in semula tapi semua coklat kena buang dan ada some clothes yang aku kena tinggal which is slack aku the one and only things yang aku sayang pasal itu slack Malaysia. Aku tak suka pakai slack sini pasal tak selesa. Tapi mungkin ini permulaan untuk aku start menyintai design org putih..Aku terima la hakikat tue. Nasib baik tak menangis. Aku cepat je bab2 nak menitik airmata kalu jalan sorang2 byklak halangan. Tapi aku kuatkan jiwa aku pasal aku cakap kat kepala aku ini baru ujian kecil. Aku redha!
Tapi..lepas aku dah dapat boarding pass..aku cakap kat popuan ryanair tue, aku cakap,thanks . Thanks for your advice. But next time! Don’t shout! I know how to manage it! You have to respect my pride! Ok?”
Setelah selesai peringkat check in, tiba pula peringkat nak scan diri dan barang-barang. Macam biasa, aku keluarkan apa2 liquid yang 100ml dan laptop, jaket, handphone dalam satu bekas. Bila semua dah masuk bekas plastik yang disediakan, aku pun terus check diri aku. Alhamdulillah tak bunyi..tapi aku kena panggil. Heran gak..rupanya nak kasut aku...takpuas hati kot. Dulu aku penah pakai kasut yang ada sikit besi kat fullshoes, of course awal2 lagi dah bunyi..tet tet tet..tapi hari ni tak pakai kasut yang ada besi. Oklah..dah dia nak aku take off je..bagi..dia amik kasut aku dia scan semua ok..luggage pun ok..tapi dia suruh aku stay kat tepi..Lagila heran..Ok rupanya dia nak cek badan pulak kot2 aku bawak bom kot selit2 kat pinggang..Ok..takde apa2...tapi tak lepas2 gak....Pas tu dia tepuk dan gosok2 secara perlahan2 kat seluruh badan. Aku masa tu pakai baju kurung ngan skirt labuh dan tudung..Sepatutnya sekali cek..kalo ada drug 5 gram pun dah boleh rasa dah..tapi tak jugak lepas2..pastu nampak cam tak puas hati je minah kastam ni..dia tepuk sampai ke kaki...aku ok lagi pasal memang tak de bawak benda Harrram di sisi EU country..pas tu boleh plak dah ok seluruh badan..dia tepu2 kat belakang kepala..ooo rupanya dia takut aku selit bom kecik kok kat dalam tudung..bila dia rasa takde apa2..yang ni buat aku angin ni! Dia amik satu alat warna hitam panjang macam sikat..pas tu dia scan kat kepala....grrr.....agaknya nak tengok apa ada! Ya Allah.inilah yang paling aku tak tahan ni ngan grup2 depa ni...Ingat aku ni terrorist ke? Setakat bukak kasut tu ok la aku tak kesah walopon tak sepatut pasal bukan alat tu bunyi pun...Ya Allah! Kuatkanlah hamba Mu tatkala aku rasa akulah yang paling lemah ketika itu...
Aku teruskan perjalanan aku untuk cari gate untuk boarding..Lebih kurang pukul 11.05 kami dipanggil..Tatkala tunjuk boarding pass..minah yg annoyed aku tadi masa check in ada...Yang lelaki tu pun ada. Tapi yang koyakkan boarding pass aku tu, lelaki..minah tu pergi layan orang lain..Okla..aku pun tak berselera dah nak senyum kat dia..Masa nak check boarding pass, mamat tu kata bukak passport nak tengok muka sama ke tak? Aku bukak je maleh nak pikir lebih2. Thanks and go...
Dalam flite, aku pejamkan mataku dan bayangkan aku berada dekat dgn pantai rumahku. Memang kat rumahku ada pantai. Cantik sangat2..Aku bayangkan aku duduk tepi pantai tengok laut yang biru...dan luas saujana mata memandang...Fikiran ku tenang dan aku slowly lelapkan mata by hoping semuanya akan terbang di awan tak dibawak balik ke Dublin. Aku tak suka menda negatif melekat lama kat memori. Aku tak nak spoil memory kepalaku..Itu antara rahsia orang nampak aku cam 22...ekkekeke...(saje je perasan ni)...
Flite landed on time..Semua orang gembira dalam flite tu. Naik flite kat sini macam naik bas kat kampung2..Depa ni kadang2 menyanyi2 , kadang siap tepuk tangan. Tadi ada yang bertepuk tangan kira appreciation untuk pilot dapat sampai on time. Aku buat dek je.. Dalam hati masa nak keluar dari aircraft tak tau nak doa apa. Mintak yang baik takut yang tak baik berlaku tapi dalam hati sentiasa mengharap Allah mudahkan waktu nak lalu imegresin.
Dekat laluan EU country, orang nya beratur sikit dan cepat proses cop mengecop passport. Dekat non EU punya laluan, ramai pulak. Aku p dekat EU dengan harapan Allah tolong aku...Alhamdulillah..dia kata kali ni je dia kasik cop kat lane ni..lain kali aku perlu gi kat Non EU...Tetiba aku rasa Allah masih dengar rintihan dan detikan hatiku...
Alhmdulillah..dalam diam aku menanti hikmah di sebalik yang berlaku. Ku harap2kan dosa2 ku diampunkan sekiranya tindakanku keterlaluan..tapi kalo korang berada kat tempat aku..korang hanya pk how to survive tatkala kita di kelilingi oleh orang-orang yang layan kita macam nie...Betul ke?
Illa maa sya Allah..la haw lawala quwwata illa billah..
jieismail comel & cute :)
1 Comments:
At June 25, 2008 at 2:24 PM , tuansyed said...
This comment has been removed by the author.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home