Perjuanganku tiada penghujungnya...

Sunday, June 15, 2008

Buat satu-satu

SAlam, buat para pengunjung, rindu aku dibuatnya untuk melakarkan sesuatu di sini, tetapi kegagalan aku menguruskan masa selama seminggu ini membuatkan banyak posting tergendala. Niatkan nak menjadikan blog ini medan dakwah penulisan belum lagi tercapai. Insya Allah, aku pasti realisasikan! Minggu lepas diserang selsema, membuatkan kepala aku tak dapat berfungsi sebagai power of mind! Aku kehilangan power untuk menyusan jadual harian. So byk perkara tak dapat dicapai.

Hari ini minda aku pulih sepenuhnya. Untuk para pembaca semua, aku nak mengingatkan diri aku dan rakan2 semua, minda kita adalah anugerah Tuhan. Ciptaan yang sempurna, punya fungsi yang sangat hebat. Minda kita hanya dapat menarik satu perkara dalam satu masa. Jadi kita perlu susun jadual tugasan kita secara sistematik. Lakukan satu persatu kerana ingat! Minda kita menangkap satu satu perkara dalam satu masa! Jadi pergunakan ia untuk perkara positif sahaja. Takut2 dalam satu masa kita menarik perkara negatif dan juga positif, takut2 minda kita menarik negatif lebih dari positif tanpa kita sedari lalu mempengaruhi tindakan kita ke arah negatif. Sebab itu cita2 dan kemahuan kita payah tercapai.

Oleh itu, ingat! minda / akal adalah ciptaan terunggul. Perlu digunakan sepositif mungkin untuk menarik perkara positif agar hidup kita positif dan bermakna. Sebenarnya untuk mencapai kemahuan kita sangatlah mudah jika kita memahami the power of mind!

Untuk itu, setakat ini dulu. Insya Allah kita bersua lagi.

Salam kasih sayang & ceria selalu:

jieismailcute

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home